Percintaan yang dibina selama tujuh tahun antara Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min, akhirnya berakhir dengan perpisahan.
Pada 4 September, agensi Yoon Hyun Min mengesahkan, “Ya. Memang benar Yoon Hyun Min dan Baek Jin Hee telah berpisah. Memandangkan kedua-duanya sibuk dengan projek lakonan, mereka akhirnya berpisah.”
Baek Jin Hee dan Yoon Hyun Min mula rapat ketika membintangi drama MBC “My Daughter, Geum Sa Wol,” dan khabar angin mengatakan mereka telah mula bercinta pada awal 2016 ketika drama itu masih ditayangkan.
Walaupun mereka tidak mengesahkan hubungan mereka sehingga tahun berikutnya, pelakon itu kemudian mendedahkan bahawa mereka mula bercinta secara rasmi pada pada April 2016.
Sumber : 1