Chinguu, Annyeong!! Kami kembali lagi dengan listing drama Korea terbaru yang akan ditayangkan sepanjang Ogos 2023 ini untuk tontonan korang. Jadi, jom tambah koleksi drama Korea korang!
Well, ada 9 drama Korea yang terbaru akan jadi peneman dan hiburan korang. Let’s check it out the list.
1. The First Responders 2
- Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2023
- Penyiar: Disney+ Hotstar
- Barisan Pelakon: Kim Rae Won, Son Ho Jun, Gong Seung Yeon, Kang Gi Doong
“The First Responders” ialah drama tentang anggota pasukan polis, bomba dan pasukan paramedik sebagai satu pasukan untuk membantu bandar mereka selamat daripada jenayah dan bencana dalam apa jua cara yang mereka boleh. Musim 2 ini menampilkan kerja berpasukan yang lebih menarik dan ditingkatkan apabila Perkhidmatan Forensik Kebangsaan (NFS) turut serta dalam geng ‘The First Responder’ bagi menyalurkan bukti yang berkaitan dalam menghadapi kes-kes yang lebih rumit dengan insiden yang lebih dasyat dari sebelumnya.
2. My Dearest
- Tarikh Tayangan: 5 Ogos 2023
- Penyiar: MBC / One TV Asia [Astro Ch393 & Astro GO, Setiap Sabtu – Ahad, 9.45 PM]
- Barisan Pelakon: Nam Goong Min, Ahn Eun Jin, Lee Da In, Lee Hak Joo
“My Dearest” adalah siri percintaan sejarah yang berlatarkan semasa pencerobohan Qing pada Dinasti Joseon mengikuti Lee Jang-hyun (Nam Goong Min) seorang lelaki misteri dan perahsia yang tiba-tiba muncul dalam masyarakat kelas atasan Kampung Neunggeun.
Jang-hyun mendapati dirinya tertarik dengan Yoo Gil-chae Ahn, seorang sosialit dari keluarga bangsawan. Ketika dia dan insan yang disayangi menghadapi kesukaran peperangan, Gil-chae menjadi lebih matang dan yakin, serta perlahan-lahan jatuh cinta dengan Jang-hyun.
3. Moving
- Tarikh Tayangan: 9 Ogos 2023
- Penyiar: Disney+ Hotstar
- Barisan Pelakon: Ryu Seung Ryong, Han Hyo Joo, Zo In Sung, Cha Tae Hyun
Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Moving” menceritakan tentang sekumpulan pelajar dengan kuasa besar yang diwarisi daripada ibu bapa mereka. Untuk melindungi diri mereka dan keluarga mereka daripada dieksploitasi, individu berkuasa besar ini terpaksa merahsiakan kebolehan mereka.
Bertemakan sains fisyen, “Moving” dibintangi oleh Lee Jung-ha. Go Youn-jung dan Kim Do-hoon sebagai trio rakan sekelas dengan kebolehan istimewa sambil belajar mengawal kuasa mereka dan menggunakannya untuk membantu yang lain manakala beberapa lagi seperti mereka bersembunyi. Sementara itu, pelakon veteran Zo In-sung, Han Hyo-joo, Ryu Seung-ryong dan ramai lagi akan muncul sebagai ibu bapa mereka.
4. The Killing Vote
- Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2023
- Penyiar: SBS / Prime Video Malaysia
- Barisan Pelakon: Park Hae Jin, Park Sung Woong, Lim Ji Yeon, Jung Heon
Berdasarkan Webtoon Kakao yang popular, “The Killing Vote” berkisarkan sepasang pegawai polis, Kim Moo-chan (Park Hae-jin) dan Joo-hyun (The Glory’s Lim Ji-yeon), yang ditugaskan untuk memburu seorang pengawal yang dikenali sebagai “Dog Mask”. Moo-chan adalah bintang muda pasukan polis yang sedang meningkat naik, manakala Joo-hyun adalah ahli lama Pasukan Penyiasatan Siber.
Menggunakan tinjauan di seluruh negara untuk menentukan nasib penjenayah yang terlepas daripada hukuman oleh undang-undang, “Dog Mask” memulakan pembunuhan beramai-ramai ketika kedua-duanya cuba menjejakinya. Bekas guru undang-undang Kwon Seok-joo (Park Sung-woong), yang sedang menjalani hukuman atas membunuh penjenayah yang merogol anak perempuannya, juga turut terlibat dalam proses menjejak “Dog Mask”ini.
5. Cruel Intern
- Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2023
- Penyiar: Viu Malaysia | tvN Asia Astro Ch395 & Astro Go, Unifi TV – Setiap Sabtu, 9.15PM
- Barisan Pelakon: Ra Mi Ran, Uhm Ji Won
“Cruel Intern” adalah sebuah drama komedi tempat kerja tentang seorang wanita yang berkebolehan dalam usia empat puluhan. Dia kini kembali bekerja selepas menghabiskan tujuh tahun terakhir membesarkan anaknya.
Walaupun pengalaman lalunya sebagai peniaga, Go Hae-ra (lakonan Ra Mi Ran) menyertai Market House sebagai pelatih, di mana dia bertemu semula dengan bekas rakan sekerjanya Choi Ji-won (Uhm Ji-won), yang kini merupakan pengarah pasukan perancangan produknya. Ji-won sebagai pemimpin yang penuh berkarisma kemudian menawarkan Hae-ra perjanjian rahsia tetapi “kejam”.
6. Behind Your Touch
- Tarikh Tayangan: 12 Ogos 2023
- Penyiar: Netflix
- Barisan Pelakon: Han Ji Min, Lee Min Ki, Suho EXO
Behind Your Touch ialah ialah drama penyiasatan komedi penyiasatan komedi tentang doktor haiwan yang sangat berdedikasi dan busybody, Bong Ye Boon (Han Ji Min), yang memiliki kebolehan psikometrik untuk melihat masa lalu makhluk hidup yang lain. Walau bagaimanapun, dia hanya boleh menggunakan keupayaan ini apabila dia menyentuh punggung sasarannya.
Sementara itu, Lee Min Ki memainkan watak Moon Jang-yeol, seorang detektif yang bercita-cita tinggi yang datang untuk mengetahui kebolehan Ye-boon dan bekerjasama dengannya untuk mendapatkan kelebihan apabila menyelesaikan kes. Suho EXO juga membintangi siri ini sebagai Kim Sun-woo, seorang pendatang baru di bandar yang mula bekerja dengan beberapa pekerjaan sampingan.
7. Mask Girl
- Tarikh Tayangan: 12 Ogos 2023
- Penyiar: Netflix
- Barisan Pelakon: Ko Hyun Jung, Nana, Ahn Jae Hong, Yeom Hye Ran
Berdasarkan komik web 2015-2018 dengan nama yang sama, “Mask Girl” ialah siri komedi hitam tentang Kim Mo-mi (Ko Hyun-jung), seorang pekerja pejabat biasa yang menjalani kehidupan berbeza pada waktu malam sebagai joki penyiaran bertopeng. Dia menjalani impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi penghibur melalui strim langsung tanpa nama kerana dia percaya bahawa dia telah menjadi hodoh apabila bertambah usia.
Sementara itu, Ahn Jae-hong memainkan watak Joo Oh-nam, rakan sekerja Mo-mi yang menyukainya. Dia juga peminat “Mask Girl”, dan tidak lama kemudian mengetahui identiti sebenarnya. Walau bagaimanapun, secara tidak sengaja Mo-mi terperangkap dalam kejadian yang tidak diingini sekaligus membuatkan Oh-nam terjerat bersama. Kehilangan mereka membuatkan menyebabkan ibunya Oh-nam, Kim Kyung Ja (Yum Hye Ran) risau. Apa yang berlaku sebenarnya?
8. My Lovely Boxer
- Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2023
- Penyiar: KBS World TV Astro Ch392 & Astro Go – Setiap Khamis & Jumaat 10.05PM
- Barisan Pelakon: Lee Sang Yeob, Kim So Hye, Kim Jin Woo, Yoon In Joo
“My Lovely Boxer” ialah drama sukan berdasarkan novel “My Lovely Boxer Lee Kwon Sook” yang ditulis oleh Choo Jong Nam, pemenang tempat kedua Peraduan Kisah Kedai Buku Kyobo.
Kim So-hye sebagai Lee Kwon-sook, seorang peninju muda yang hebat yang hilang dari kancah tinju sejurus sebelum perlawanan terbesar dalam kariernya. Bertahun-tahun selepas itu, dia memulakan hidupnya semula sebagai guru prasekolah. Tidak menyangka, ejen sukan kejam Kim Tae-young (Lee Sang-yeob) tiba-tiba mendekatinya.
Walaupun kecenderungannya untuk mengutamakan keuntungan, Tae-young berkongsi persahabatan rapat dengan pemain besbol Kim Hee-won, yang terperangkap dalam situasi yang sukar pada permulaan siri ini. Untuk membantu Hee-won, Tae-young menjadikan misinya untuk membuat Kwon-sook kembali ke gelanggang.
9. Destined With You
- Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2023
- Penyiar: JTBC / Netflix
- Barisan Pelakon: Rowoon, Jo Bo Ah, Ha Joon, Yura
Percintaan fantasi ‘Destined With You’ berkisarkan tentang buku misteri berusia 300 tahun dan sumpahan keluarga yang telah lama wujud. Rowoon SF9 sebagai Jang Shin-yu, seorang peguam yang terkenal dan berbakat tetapi berdepan dengan keadaan kesihatan yang tidak dapat dijelaskan. Sementara itu, Jo Bo-ah sebagai Lee Hong-jo, seorang penjawat awam yang memiliki kotak kayu yang mengandungi buku epic itu.
Pasangan itu tidak lama kemudian mengetahui bahawa penyakit Shin-yu yang semakin teruk adalah akibat kutukan terhadap keluarganya, dan buku itu mempunyai penyelesaian untuk memecahkan sumpahan tersebut. Semasa cuba menyelamatkan Shin-yu, kedua mereka mendapati bahawa mereka berkongsi hubungan yang melangkaui hayat.
Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!