Jooheon atau Joohoney MONSTA X secara peribadi telah mengumumkan rancangannya untuk menyertai khidmat tentera.
Pada 11 Julai, Joohoney berkongsikan surat tulisan tangan di kafe peminat MONSTA X yang menyatakan akan memndaftar masuk pada 24 Julai ini.
Hello, Monbebe tercinta.
Rasanya saya telah menghabiskan tahun ini dengan sangat sibuk. Ini disebabkan saya telah meluangkan lebih banyak masa dengan Monbebe kami dan mencipta banyak kenangan bersama, bukan? Perasaan yang dipenuhi dengan penuh rasa cinta yang telah ditunjukkan oleh Monbebe kepada saya semasa kita bersama membuatkan saya rasa bahagia.
Memandangkan masa yang diluangkan bersama ahli kami dan Monbebe sangat berharga dan menggembirakan saya, saya ingin meluangkan sedikit masa lagi dengan anda semua sebelum berkongsi berita ini hari ini.
Monbebe semua, saya akan menyertai tentera pada 24 Julai. Saya telah memikirkan bilakah masa terbaik untuk berkongsi berita ini. Memandangkan tiada banyak masa lagi, saya bimbang tentang perasaan Monbebe.
Tugas ketenteraan adalah sesuatu yang mesti saya lakukan. Saya akan pergi dengan penuh semangat, berani dan kembali dengan sihat. Jangan risau, kita bukan berpisah untuk selamanya. Janji dengan saya, bahawa anda akan memikirkan Jooheon sekurang-kurangnya sekali sehari!”
Saya akan kembali dan menunjukkan kepada anda sisi saya yang lebih menakjubkan. Mari kita anggap masa ini sebagai tempoh rehat kita. Ini bukanlah titik penamat, tapi ianya hanyalah bersifat sementara.
Saya sayang awak, Monbebe.
Dengan ini, Jooheon menjadi ahli ketiga MONSTA X yang menyertai tentera. Sebelum ini, Shownu berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam, dan Minhyuk kini berkhidmat sebagai askar bertugas aktif.
Apapun, selamat berkhidmat buat Jooheon.
Sumber : 1