Dari dendam bertukar cinta, “Call It Love” lakonan Lee Sung Kyung & Kim Young Kwang akan disiarkan di Disney+ Hotstar

Apabila kehidupan Woojoo diputarbelitkan oleh perempuan simpanan bapanya, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya kembali dalam “Call It Love”, siri percintaan Korea baharu yang datang secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 22 Februari.

Hancur selepas mengetahui kecurangan bapanya, keadaan Woojoo menjadi lebih teruk apabila bapanya tiba-tiba meninggal dunia dan perempuan simpanan bapanya menghalaunya keluar dari rumah. Ketika dia merancang untuk membalas dendam, Woojoo tidak tahu bahawa dia akan jatuh cinta dengan Dongjin, anak kepada wanita yang merosakkan hidupnya.

Drama ini dibintangi oleh Lee Sung Kyung, Kim Young Kwang, Sung Joon dan Hani.

Lee Sung Kyung, yang mempamerkan kemahiran lakonan dan chemistry yang hebat bersama gandingannya dalam drama seperti “Sh**ting Stars,” “Dr. Romantic 2,” dan “Weightlifting Fairy, Kim Bok Joo,” akan memegang watak Shim Woo Joo yang bermimpi untuk membalas dendam. Shim Woo Joo sengaja mendekati Han Dong Jin untuk membalas dendam kepadanya, tetapi perasaannya bercampur-baur apabila dia mendapat tahu bahawa Han Dong Jin berbeza daripada apa yang dia jangkakan. Lee Sung Kyung dijangka akan berjaya menggambarkan emosi rumit wataknya, menandakan kelahiran satu lagi watak hebat dalam kerjaya lakonannya.

Kim Young Kwang, yang membintangi pelbagai projek termasuk drama “Somebody” dan “Hello, Me!” serta filem “On Your Wedding Day” dan “Mission Possible,” akan memainkan peranan Han Dong Jin, Ketua Pegawai Eksekutif Choiseon Fairs. Kim Young Kwang dijangka mempamerkan sisi berbeza dirinya dengan menggambarkan kerumitan watak seorang kesepian.

Sung Joon pula yang mempunyai filemografi yang pelbagai termasuk drama “Island” dan “Discovery of Love” serta filem “The Grotesque Mansion,” akan mempamerkan kemahiran lakonannya yang mantap dengan mengambil watak sebagai rakan Shim Woo Joo, Yoon Joon yang mempunyai luka yang dalam, namun tiada siapa yang tahu.

Manakala Hani yang mempamerkan lakonan yang mengagumkan melalui drama “Hit the Spot” dan “You Raise Me Up” serta filem “Young Adult Matters,” akan memainkan watak Kang Min Young, bekas teman wanita Han Dong Jin yang ingin kembali kepadanya.

Pertama kali diumumkan sebagai sebahagian daripada Disney Content Showcase 2022, “Call It Love” menyertai pelbagai Hallyu hits yang kini tersedia di Disney+ Hotstar termasuk Big Mouth mengenai seorang peguam yang tidak cekap yang dipenjarakan secara palsu dan dituduh sebagai penipu paling terkenal di negara itu; dan Snowdrop tentang pelajar universiti yang menentang keluarga dan negaranya untuk membantu lelaki yang dia cintai; serta pelbagai tajuk global yang menghiburkan tanpa henti dan banyak lagi.

Nikmati “Call It Love” secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 22 Februari.

loading...