Jay ENHYPEN tiba-tiba menjadi tumpuan selepas mengadakan sesi siaran langsung bersama Sunghoon apabila komennya dianggap merendahkan sejarah Korea.
Lantas itu, dia telah membuat permohonan maaf berhubung dakwaan bahawa dia membuat komen yang menghina tentang sejarah Korea.
Topik itu timbul apabila rakan ahli Sunghoon berkata semasa siaran langsung, “Saya rasa sejarah Korea benar-benar menarik.” Sebagai tindak balas, Jay berkata, “Saya lebih berminat dalam sejarah dunia. Saya telah mempelajari banyak sejarah Korea di sekolah.”
Dia kemudian menyambung, “Sejarah adalah subjek yang saya minati, jadi bagi saya, saya mungkin mengatakan bahawa tidak banyak bahan dalam sejarah Korea. Anda mempelajarinya selama beberapa minggu, lihat bahan-bahan kecil yang ada, dan dah tamat. Macam cerpen je. Tapi di negara lain, sejarah tak habis-habis. Saya dah meneliti sejarah semua jenis negara yang berbeza, dan sejarah mereka terlalu panjang serta tak pernah habis. Negara-negara itu, sejarah mereka diteruskan dan berterusan. Tetapi sejarah Korea baru saja bermula, kemudian tamat, begitu cepat. Ia seperti, itu sahaja?”
Jay menggunakan medium komuniti peminat rasmi ENHYPEN di Weverse untuk menyampaikan permohonan maafnya selepas menerima kritikan teruk atas kenyataannya. Dia menulis:
Hello. Ini Jay ENHYPEN.
Selepas saya menamatkan Weverse Live hari ini, saya sangat terkejut melihat reaksi peminat.
Walau apa pun sebabnya, saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada ENGENE atas sebarang ketidakselesaan dan kesulitan yang saya timbulkan.
Saya bercakap terlalu negatif tentang topik penting sejarah Korea hanya berdasarkan tanggapan peribadi saya sendiri. Ia bukanlah topik yang sepatutnya saya bincangkan secara terburu-buru tanpa pengetahuan. Hari ini telah menjadi peluang untuk saya sedar sekali lagi bahawa saya masih perlu belajar.
Saya sama sekali tidak berniat untuk mengabaikan sejarah kebanggaan kita, tetapi saya menyedari bahawa kata-kata saya mungkin telah menyebabkan orang lain berasa begitu, dan itu adalah kesalahan saya. Saya minta maaf.
Melangkah ke hadapan, saya akan lebih berhati-hati dan belajar lebih banyak supaya saya boleh menjadi artis yang tidak akan memalukan ENGENE.
Saya sentiasa belajar banyak daripada anda semua. Terima kasih.
Sumber : 1