Taeyang pindah label baru, G-Dragon & Daesung masih bincang kontrak baru dengan YG

Pada 26 Disember, YG Entertainment mengumumkan bahawa Taeyang Big Bang telah meninggalkan agensi itu dan kini bersama dengan The Black Label.

YG Entertainment menulis dalam kenyataan rasminya, “Taeyang Big Bang akan dipromosikan di bawah syarikat bersekutu kami, The Black Label. Kami teruja untuk berkongsi permulaan baharu Taeyang. Fakta bahawa dia adalah keluarga YG dan ahli Big Bang tidak akan pernah berubah. Kami faham ramai di antara anda sedang menunggu aktiviti terbaru Big Bang jadi kami akan bekerjasama untuk menjayakannya. Terima kasih.”

Sementara itu, The Black Label menjadi label bebas pada tahun 2020 tetapi YG Entertainment masih memiliki kira-kira 30% sahamnya. Black Label kini menempatkan Jeon So Mi, Zion. T dan ramai lagi.

Dalam pada itu, YG Entertainment telah mengulas mengenai status kontrak ahli BIGBANG G-Dragon dan Daesung berikutan pemergian Taeyang ke THE BLACK LABEL.

Dalam satu kenyataan kepada Maeil Kyungjae, YG Entertainment berkongsi status kontrak G-Dragon dan Daesung. Agensi itu memberitahu, “Kami sedang berbincang dengan G-Dragon dan Daesung mengenai pembaharuan kontrak mereka.”

Bagaimanapun, menurut laporan media eksklusif, G-Dragon Big Bang akan terus bekerjasama dengan YG Entertainment. Berikutan pemergian Taeyang daripada label itu, ramai yang mempersoalkan sama ada G-Dragon akan kekal bersama YG Entertainment atau sebaliknya. Tidak seperti ahli Big Bang yang lain, G-Dragon akan kekal sebagai artis YG. Bentuk kontrak masih belum diputuskan, tetapi nampaknya dia akan terus bekerja dengan YG Entertainment.

Terdahulu, T.O.P telah meninggalkan YG Entertainment pada Februari lalu untuk fokus kepada bidang seni dan keusahawanan. Namun begitu, T.O.P akan sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti BIGBANG bila-bila masa dia mampu dan keadaannya sesuai.

Sumber : 1 | 2 |

loading...