Pelakon Lee Beom Soo Dituduh Salah Gunakan Pengaruhnya Terhadap Pelajar

Pelakon Lee Beom Soo, yang kini mengajar lakonan di Universiti Shinhan, dituduh menyalahgunakan pengaruhnya terhadap pelajar.

Tuduhan itu berpunca daripada catatan yang ditulis oleh seorang pelajar yang didakwa sebagai pelajar kepada pelakon itu yang menuduh mereka didiskriminasi. Pelajar itu mendakwa bahawa Lee Beom Soo kerap tidak hadir ke kelas dan mendakwa pelakon itu telah membahagikan pelajar berdasarkan latar belakang ekonomi mereka ke dalam kelas A & B. Oleh sebab itu, pelajar itu menamakan separuh daripada pelajar tahun satu kelas itu tercicir.

Pada tindakan Lee Beom Soo, pelajar itu menyatakan mereka telah menderita secara mental dan pelajar itu harus melakukan apa yang diminta untuk mendapatkan perhatian serta kemurahan hati pelakon itu.

“Saya mengalami insomnia dan punya fikiran untuk membunuh diri. Saya perlu menjadi hamba untuk Profesor Lee Bum Soo menyukai saya,” tulis pelajar itu. “Dia juga membuat pelajar mengintip antara satu sama lain, jadi saya rasa seperti tidak boleh bernafas,” sambungnya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan itu, agensi Lee Beom Soo menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui situasi itu kerana ia adalah perkara peribadi. Universiti Shinhan sejak itu menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat dakwaan itu.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Lee Beom Soo menafikan dakwaan tersebut. “Profesor Lee Beom Soo tidak mendiskriminasi (pelajar) berdasarkan keadaan ekonomi mereka,” kata  satu sumber di JTBC.

“Baginya (Lee Beom Soo), keikhlasan dan dedikasi adalah yang paling penting. Dia tidak mempedulikan pelajar yang malas. Orang di sekelilingnya yang pernah melihat perkara ini malah menyuruhnya berhenti mengambil berat,” tambahnya.

Sumber itu turut menyatakan kemungkinan besar dakwaan itu berpunca daripada salah faham dan menyalahkan keghairahan pelakon itu terhadap pelajarnya. “Ini kerana semangatnya (Lee Beom Soo) dan standard yang tinggi (salah faham berlaku). Kerana dia membahagikan masa sebagai pelakon dan mengajar, dia tidak dapat mengikuti jadual (sekolah). Kerana itu, sekali dia mengajar kelas, dia mengajar hingga larut malam,” kata sumber itu.

Ini mungkin ditafsirkan secara berbeza oleh pelajar. “Oleh kerana Lee Beom Soo mengajar jauh melepasi jadual kelasnya malah lewat tengah malam, pelajar mungkin menghadapi masalah dengan perkara ini,” kata sumber itu. “Orang ramai di sekeliling Lee Beom Soo telah memberitahunya terlebih dahulu supaya tidak melakukan terlalu banyak dan mengikut jadual kelas,” tambahnya.

Tambahan pula, sumber itu turut menafikan tuduhan Lee membahagikan kelas kepada dua kumpulan latar belakang ekonomi. Tetapi berdasarkan keikhlasan dan dedikasi. Sumber itu menyatakan kekesalan kerana keghairahan Lee Beom Soo telah disalahtafsirkan sebagai penyalahgunaan pengaruhnya.

Lee Beom Soo ialah pelakon Korea yang disegani dan terkenal dan pernah membintangi drama seperti “Iris 2”, “Prime Minister and I” dan “On Air”. Pelakon ini juga pernah muncul dalam rancangan realiti KBS “The Return of Superman” yang mengikuti kehidupan selebriti yang bergelar bapa di mana si bapa akan menjaga anak-anak. Terbaru dia membintangi filem “Come Back Home” dan akan turut serta dalam filem akan datang “The Outlaws 3”. Pelakon itu kini merupakan Dekan Jabatan Seni Persembahan di Universiti Shinhan.

Sumber : 1 | 2

loading...