Siri dramatik Korea terbaru “The First Responders” akan bersiaran di Disney+ Hotstar 12 November ini

Dibintangi oleh Kim Raewon, Son Hojun dan Gong Seungyeon, siri fiksyen baharu ini mengikuti pekerja perkhidmatan kecemasan Korea di barisan hadapan

KUALA LUMPUR, 8 November 2022 – Apabila kemalangan dan kecemasan berlaku, responden pertama perlu bertindak dengan berhati-hati dan meletakkan diri mereka dalam bahaya untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Untuk drama Korea yang akan datang, The First Responders, penonton dijemput untuk bersama beberapa pekerja perkhidmatan kecemasan di mana mereka akan bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelamatkan mangsa yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan kes. Drama yang akan membawakan petugas keselamatan kecemasan barisan utama ini akan bersiaran di Disney+ Hotstar 12 November.

The First Responders menceritakan tentang Jin Hogae, seorang detektif berbakat yang mempunyai kemahiran untuk memahami fikiran jenayah; Bong Dojin seorang anggota bomba yang bersemangat serta sentiasa menjaga mangsa, dan Song Seol, seorang paramedik yang baik hati- di mana mereka akan menunjukkan bagaimana nasib dan tragedi menyatukan mereka semua untuk menyelamatkan nyawa dan membantu mangsa yang paling teruk terjejas.

Kim Rae Won sebagai Jin Hogae
Son Ho Jun sebagai Bong Dojin
Gong Seung Yeon sebagai Song Seol

The First Responders dibintangi oleh Kim Raewon (Doctors, Black Knight: The Man Who Guards Me) sebagai detektif Jin Hogae; Son Hojun (Dazzling, Reply 1994) sebagai anggota bomba Bong Dojin, dan Gong Seungyeon (Six Flying Dragons, Heard it Through the Grapevine) sebagai paramedik Song Seol. Drama ini ditulis oleh Min Jieun (Partners for Justice), dan diarahkan oleh Shin Kyungsoo (Bunga Nokdu, Enam Naga Terbang)

Strim The First Responders di Disney+ Hotstar mulai 12 November ini.

loading...