Berita baik – TREASURE x emart24 kini tiba di Malaysia

Sudah tiba masanya untuk mencari TREASURE di Malaysia! Peminat kumpulan K-pop TREASURE kini  boleh mendapatkan produk eksklusif TREASURE di gedung emart24 di seluruh negara. Rangkaian produk TREASURE x emart24 ialah  usaha  sama  antara  dua  syarikat  Korea  Selatan  yang terkenal  – rantaian  kedai  serbaneka  emart24 dan YG  Entertainment, salah  sebuah syarikat hiburan terbesar di Korea Selatan.  

Di Malaysia, TREASURE MAKERS (nama panggilan bagi peminat kumpulan jejaka k-pop ini) boleh mendapatkan produk TREASURE x  emart24 apabila beberapa produk awal tiba di kedai-kedai emart24 Malaysia pada hujung minggu ini. Produk jenama TREASURE yang eksklusif ini akan dilancarkan secara berperingkat dari 7 Ogos 2022 hingga Jun 2023.  Kempen ini  – yang dimulakan di Korea  Selatan  pada  Februari  2022  – dilancarkan  di  dalam  negara sempena  perayaan  ulang  tahun  pertama  pembukaan  emart24 di  Malaysia.  

“emart24 berusaha  untuk  berkhidmat  bukan  sekadar  sebuah kedai serbaneka biasa, dan  kami  percaya  kami  dapat memberikan  pengalaman gaya hidup Korea yang serba unik kepada pelanggan. Kami merupakan jenama kedai serbaneka Korea pertama untuk  berganding bahu dengan TREASURE di Malaysia dan kami harap pelanggan kami di sini akan menikmati pengalaman TREASURE x  emart24 yang tersendiri,” kata Vuitton Pang, Ketua Pegawai Eksekutif francais emart24 Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif francais emart24 Malaysia – Vuitton Pang

“Malaysia  ialah negara  pertama yang  menjadi  tumpuan  emart24 meluaskan  perniagaan  di  luar  Korea  Selatan  dan  kami  telah  membuka  lebih  daripada  20  kedai  di  seluruh  Lembah  Klang  pada  tahun  pertama.  Kami  berancang  untuk  membina  rangkaian  sekurang-kurangnya 40 kedai menjelang akhir 2022 dan 300 kedai dalam tempoh lima tahun akan datang. emart24 ialah jenama  kedai serbaneka paling pantas berkembang di Korea Selatan dan kami berharap untuk mengulangi kejayaan tersebut di sini. Kami  terhutang  budi kepada syarikat prinsipal  dan  pelanggan kami atas  sokongan mereka  dalam  tempoh  setahun lepas  dan  berharap  untuk membawakan pengalaman emart24 kepada lebih banyak komuniti tidak lama lagi,” tambahnya.  

“Sesungguhnya terdapat peluang kerjasama yang luas dan kami bercadang untuk meneroka peluang bekerjasama dengan jenama  tempatan  dan  perniagaan  lain  pada  masa mendatang.  Kami  akan  terus  memperkenalkan makanan  halal  dijual  di kaunter  yang  menambat  selera rakyat  Malaysia  dan  berharap  untuk berkongsi  berita  dan  produk  lebih  menarik  dalam  tempoh  terdekat,”  katanya.  

TREASURE  melancarkan  album sulung THE  FIRST  STEP:  CHAPTER  ONE pada  2020,  yang  merupakan album mini satu  lagu yang  mencapai kedudukan No.1 dalam carta  rekod Korea Selatan. Mereka kemudiannya melancarkan THE FIRST STEP: CHAPTER TWO diikuti  oleh  THE  FIRST  STEP:  CHAPTER  THREE yang  menduduki  tangga  teratas carta. Album  penuh mereka THE  FIRST  STEP:  TREASURE  EFFECT pada 2021  juga  melonjak  ke  tangga  teratas  carta  manakala  album terbaharu  mereka,  THE  SECOND  STEP:  CHAPTER ONE pada Februari 2022 ialah album keempat mereka untuk dilancarkan di tempat No. 1.  

Kerjasama  TREASURE dengan  emart24  di Korea  Selatan  menyaksikan  produk  edisi  terhadnya mendapat  sambutan  luar  biasa daripada peminat kumpulan ini, sekali gus menjadikan beberapa produk dalam rangkaian tersebut bahan koleksi. Makanan segar  yang dijual di emart24 dihasilkan di dalam negara di bawah kawalan kualiti ketat sementara snek dan pek minuman TREASURE x  emart24 akan diimport khas untuk kempen ini. 

Tarikh pelancaran bagi gelombang pertama produk TREASURE x emart24 ialah: 

  • 7 Ogos 2022 (Minggu 1) – Kopi TREASURE – Latte Panas dan Americano Panas (dengan perisa crème brulee)
  • 13 Ogos 2022 (Minggu 2) – TREASURE Cupbap – Ayam Mayo TREASURE dan Ayam Kari Jepun TREASURE 
  • 20 Ogos 2022 (Minggu 3) – TREASURE Cupdak – Ayam Goreng Berkeju TREASURE  
  • 27  Ogos 2022  (Minggu 4)  – TREASURE  Samgak  Gimbap – Ayam  &  Mayo  Tuna  TREASURE  dan Daging  Jeonju  Bibim  TREASURE  
  • 3  September  2022  (Minggu 5)  – Minuman  Uncang TREASURE  – Kopi  Hitam  Americano  TREASURE  dan  Kopi  Hazelnut Americano  

Ini dia mesej dari TREASURE untuk anda semua terutamanya Teume

emart24  ditubuhkan  pada  2014  dan  telah  berkembang  pantas  untuk merangkumi  lebih  5,500  kedai dalam  tempoh  hanya  tujuh  tahun, dan kini menjadi kedai serbaneka paling pantas berkembang di Korea Selatan. emart24 dikendalikan oleh Shinsegae Group  di Korea Selatan, iaitu peruncit terbesar di negara itu, dan merupakan jenama kedai serbaneka pertama untuk dikendalikan tanpa  manusia, dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi. Angka ‘24’ dalam nama jenama ialah permainan kata di mana  “24” disebut sebagai “e-sa” dalam bahasa Korea, yang secara kasarnya bermaksud “kejiranan”.

Kedai serbaneka emart24 pertama Malaysia  telah  dibuka  di The Horizon di Bangsar South,  Kuala  Lumpur pada 22  Jun  2021 dan  merupakan  Reserve  Store  atau  kedai dilengkapi  kafe yang  menawarkan  makanan  jalanan  kegemaran  ramai,  snek  eksklusif  dan  produk kecantikan Korea.  Kini terdapat 24 kedai di seluruh Lembah Klang termasuk Desa Sri Hartamas, Bandar Sunway, Mid Valley  Megamall,  Mitsui  Shopping  Park  LaLaport,  dan Tamarind Square  Cyberjaya.  Produk  emart24 yang  dijual  termasuk  item  label  persendirian yang diimport dari Korea Selatan, termasuk No Brand, Minsaeng dan I’m e. 

Pilihan makanan di gedung emart24 Malaysia  termasuk snek sedia dimakan seperti gimbap (nasi digulung kepingan rumpai laut)  serta sajian segera panas seperti cupbap (nasi dalam cawan kertas dengan pelbagai taburan inti), cupdak dan cupmyeon (ramyun  atau mi  segera dalam  cawan). Produk  sejuk yang  ditawarkan  di gedung ini  termasuk manisan snow  bingsu (ais halus  berperisa),  Cake-in-Cup, dan aiskrim lembut. Di  kedai yang menyediakan Reserve  Café, pelanggan  boleh menikmati makanan bakeri  seperti  ban, pastri dan manisan lain. emart24 juga menyediakan pelbagai minuman, termasuk Cold Brew Coffee baharu dilancarkan yang  direndam selama 20 jam, dan Cold Brew Tea, yang direndam selama 12 jam. 

Untuk sebarang pertanyaan tentang emart24, layari https://emart24.com.my/ atau hantar e-mel ke info@emart24.com.my. Untuk  maklumat  lanjut,  ikuti  akaun  media  sosial  jenama  di  Facebook emart24.my  dan Instagram emart24.my