“Saya akan jadi ayah yang baik”- Kim Hyun Joong dan isteri bakal menimang cahaya mata pertama

Wah, nampaknya leader SS501 dan pemegang watak Yoon Ji Hoo dalam “Boy Over Flowers”, Kim Hyun Joong kini bakal bergelar bapa.

Selepas menamatkan zaman solonya pada awal tahun ini, Kim Hyun Joong dan isterinya sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka!

Terdahulu pada bulan Februari lepas, penyanyi dan pelakon ini berkahwin dengan teman wanitanya yang bukan selebriti, dan pada 21 Julai, agensinya Henecia secara rasmi mengumumkan berita kehamilan isterinya.

Kenyataan penuh agensi KHJ adalah seperti berikut:

Hello.
Ini adalah agensi Kim Hyun Joong, Henecia.

Kami ingin memberitahu anda berita gembira yang telah diterima daripada artis kami, Kim Hyun Joong.

Kim Hyun Joong kini sedang menantikan satu lagi kehidupan baru dengan perasaan yang penuh rasa syukur dan keterujaan.

Kami memohon restu dan sokongan ikhlas anda agar dia dapat melindungi permata hati mereka yang sangat berharga ini.

Memandangkan berita ini melibatkan kehidupan peribadi artis, kami dengan hormatnya meminta untuk mengelak daripada terlalu teruja dan membuat sebarang spekulasi yang berlebihan kerana kita perlu mengambil kira perasaan isterinya yang bukan dari kalangan selebriti.

Sementara itu, dalam panggilan telefon dengan Ilgan Sports pada 21hb, Kim Hyun-joong berkata, “Isteri saya hamil. Saya mendengar ucapan tahniah daripada keluarganya dan orang di sekelilingnya. Saya hanya mahu hidup sebagai bapa yang baik biarpun dalam keadaan yang sukar. Saya meminta doa restu dari peminat untuk isteri dan anak saya agar semuanya baik-baik saja.”

Kim Hyun Joong dalam satu temubual memberitahu Sementara itu, Kim Hyun Joong dan isteri tidak mengadakan majlis perkahwinan ekoran pandemik COVID-19 yang masih aktif ketika itu. Kini, Kim Hyun Joong berkongsi kehidupan hariannya melalui saluran rasmi artis YouTube rasmi (KIM HYUN JOONG).

Sumber : mksports | Naver