Rancangan “Street Man Fighter” terbitan Mnet telah mengumumkan barisan juri mereka.
Pada 22 Julai, Mnet secara rasmi mengesahkan bahawa BoA, Eunhyuk Super Junior, dan Wooyoung 2PM akan menjadi juri untuk program “Street Woman Fighter.”
BoA sebelum ini berkhidmat sebagai juri bagi “Street Woman Fighter” tahun lepas, dan penerbitnya mengulas, “Oleh kerana dia memberikan penilaian yang tepat mengenai persembahan dan koreografi musim lalu, tanpa meninggalkan sebarang point penting, kami mempercayainya dan memintanya untuk kembali menjadi juri.”
Sementara itu, Eunhyuk dan Wooyoung akan menyertai rancangan itu sebagai juri baharu. Eunhyuk terkenal dengan gaya tariannya yang bersih dan tajam, serta kemahiran koreografi yang tiada tandingannya. Sebagai artis yang mempunyai kemahiran menari yang menakjubkan, daripada kemahiran mengarahkan pentas hingga ke konsert, peminat global akan menjangkakan apa yang akan ditunjukkan oleh Eunhyuk pada masa hadapan.
Jang Wooyoung bukan sahaja terkenal dengan kemahiran menarinya yang luar biasa, tetapi juga mempunyai fandom global yang akan mewakili cita rasa peminat global. Bukan itu sahaja, Wooyoung juga mempunyai pemahaman yang tinggi tentang pertarungan tarian, kerana sebelum ini dia pernah menyertai acara yang sama. Jadi, pengalaman Wooyoung sendiri akan membantunya menilai peserta dari perspektif mereka sendiri.
BoA berkongsi, “Saya gembira dapat menyertai juri untuk “Street Man Fighter”. Sama seperti tahun lepas, saya harap anda akan memberi perhatian kepada penampilan dan cerita yang akan mereka persembahkan pada tahun ini.”
“Saya berasa gembira kerana dapat menonton tarian penari yang mewakili Korea di barisan hadapan, ini adalah satu tanggungjawab yang besar. Terdapat ramai penari hebat di negara kita, jadi sila nantikannya,” kata Eunhyuk.
Wooyoung juga menambah, “Adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan ini sebagai seorang yang sukakan tarian. Para peserta pastinya sedang bekerja keras dalam menyediakan persembahan mereka dan penonton akan terharu dengan [usaha] mereka.”
Kang Daniel, yang menjadi hos rancangan “Street Woman Fighter” dan spin-offnya “Street Dance Girls Fighter,” juga akan kembali sebagai MC “Street Man Fighter.”
“Street Man Fighter” akan ditayangkan pada 16 Ogos jam 10:20 malam KST.
Sumber : xportsnews