ENHYPEN rancang untuk umumkan siri jelajah dunia pertama pada September ini

Pada 28 Jun, agensi ENHYPEN iaitu BELIFT LAB mengumumkan, “Pertengahan bulan September ini, [ENHYPEN] merancang untuk mengadakan siri jelajah dunia, bermula dengan konsert di Korea, diikuti dengan persinggahan  di Jepun, Amerika Syarikat dan banyak lagi.”

Ini akan menjadi siri jelajah dunia pertama kumpulan itu sejak debut pada November 2020. Sejak itu, ENHYPEN telah mengeluarkan tiga album mini, satu album studio, satu repackaged album dan tiga single berbahasa Jepun.

Pada Januari lalu, ENHYPEN telah mengeluarkan album “DIMENSION : ANSWER” yakni merupakan repackaged album dari “DIMENSION : DILEMMA” yang telah rilis pada Oktober 2021. Album itu serta-merta mengungguli carta iTunes di seluruh dunia, memenangi dua trofi rancangan muzik, dan menjadi album pertama mereka untuk memasuki carta dalam Billboard 200 selama tiga minggu berturut-turut, disamping beberapa pencapaian terbaik mereka yang lain.

Menjelangsiri  jelajah dunia mereka, ENHYPEN akan membuat kemunculan semula mereka dengan “MANIFESTO : DAY 1” yang akan dirilis pada 4 Julai jam 6PM KST.

Apakah mungkin siri jelajah ENHYPEN ini akan turut singgah di Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Sumber : sportskhan

loading...