Pengantin baru, Hyun Bin dan Son Ye Jin akan bergelar ayah dan ibu tidak lama lagi

Son Ye Jin dan Hyun Bin sedang bersedia untuk menyambut anak pertama mereka!

Pada 27 Jun KST, Son Ye Jin menggunakan akaun Instagram peribadinya untuk membuat pengumuman. Pelakon berkenaan, menulis:

Anda semua sihat, kan?
Saya sihat ^^
Hari ini, saya ingin berkongsi berita yang gembira~

Nampaknya kami akan mengharungi kehidupan yang baru.

Saya masih agak terpinga-pinga, tetapi saya merasakan perubahan dalam badan saya setiap hari dengan kebimbangan dan keterujaan~

Walaupun saya bersyukur, saya juga berasa sangat berhati-hati, jadi saya belum memberitahu sesiapa pun di sekeliling saya.

Sebelum ianya terlambat, saya kongsikan berita ini kepada peminat dan kenalan yang pastinya sudah lama menunggu berita ini seperti kami.

Kami akan memastikan untuk melindungi kehidupan yang berharga buat kami ini~

Saya harap anda semua juga akan melindungi apa yang berharga dalam hidup anda dan dapat hidup  dalam keadaan yang sihat.

Bahagialah♥

https://www.instagram.com/p/CfTQycjOKkC/

Sementara itu, Hyun Bin dan Son Ye Jin berkahwin pada bulan Mac dan menghabiskan bulan madu mereka April lalu di Amerika Syarikat. Pasangan ini turut melawat Hawaii, California dan New York dalam perjalanan mereka. Pengumuman itu dibuat kira-kira sebulan selepas khabar angin kehamilan mengenai aktres itu mula tersebar.

Tahniah buat Hyun Bin dan Son Ye Jin.

loading...