V, Park Seo Joon, Park Hyung Sik, Choi Woo Shik dan Peakboy akan bintangi edisi istimewa “In The SOOP”

V BTS, Park Seo Joon, Choi Woo Shik, Park Hyung Sik dan Peakboy, atau dikenali sebagai Wooga Fam, disahkan bersatu untuk “In the SOOP: Friendship Trip” (tajuk literal), spin-off daripada siri “In the SOOP” yang sebelum ini dibintangi oleh BTS dan SEVENTEEN.

 

‘In the SOOP’ ialah siri realiti yang dihasilkan oleh HYBE Labels. Ia memberikan artis masa untuk melarikan diri dari jadual sibuk dan mencari ketenangan bertemankan alam semula jadi. Siri ini bermula dengan ‘BTS In the SOOP’ pada tahun 2020, kemudian kembali dengan ‘BTS In the SOOP 2’ tahun lepas, serta ‘In the SOOP: Seventeen version’.

“In the SOOP: Friendship Trip” akan mempertontonkan  aktiviti sekumpulan sahabat ini yang akan memulakan perjalanan bersama selama empat hari. Program empat episod itu akan ditayangkan pada bulan Julai depan menerusi JTBC dan juga platform Weverse.

Peminat akhirnya akan dapat menyaksikan semula ‘Wooga Fam’ beraksi dalam ‘In the SOOP: Friendship Trip’, akan datang. Buat masa ini, anda boleh menonton lakonan V, Park Seo Joon, dan Park Hyung Sik dalam drama “Hwarang: The Poet Warrior Youth“

Sumber : [1]

loading...