Still Life & SBS Business Proposal, lagu Kpop & drama Korea paling digemari oleh rakyat Malaysia sepanjang April 2022

Still Life daripada BIGBANG dan SBS Business Proposal masing-masing diangkat sebagai lagu Kpop dan drama Korea paling digemari rakyat Malaysia sepanjang bulan April 2022 lalu.

Berpandukan kepada kaji selidik yang dibuat menerusi Kmania TOP Stars April 2022, Still Life oleh BIGBANG berjaya memperolehi undian sebanyak 29.2% mengatasi Darari oleh TREASURE (26.2%), Maniac oleh Stray Kids dan Glitch Mode oleh NCT Dream yang terikat di kedudukan sama (12.3%). Still Life merupakan lagu dendangan yang dicetuskan sebagai ‘comeback’ terbaru daripada BIGBANG sejak empat tahun lalu, menjadi pilihan gegendang peminat muzik kpop dan dikatakan telah membuatkan sebilangan peminat berlinangan air mata memandangkan ia dispekulasikan sebagai lagu terakhir yang bakal menyatukan keempat-empat penyanyi idol: Taeyang, GDragon, T.O.P dan Daesung di atas pentas bersama.

Manakala untuk drama paling digemari rakyat Malaysia pula masing dipegang oleh SBS Business Proposal (50%) yang semestinya menjadi kegemaran penonton Kdrama ketika ini, dengan kemampuannya mengekalkan ‘rating’ melebihi 10% sepanjang ditayangkan bermula bulan Mac hingga April. SBS Business Proposal ialah sebuah drama bertemakan percintaan pejabat, yakni percintaan antara seorang CEO yang cukup sempurna dari segi rupa dan perwatakannya dengan seorang pekerja biasa yang menjadi janji temunya.

Tambahan lagi, Netflix sebagai penyiar bersama yang tersohor tika ini telah membantu populariti drama ini sehingga membuatkan semakin ramai lebih mudah untuk menontonnya di seluruh dunia. Menyimpul empat drama Korea paling popular sepanjang April 2022 lalu ialah tvN Twenty-Five Twenty One (16.4%), tvN Shooting Stars (13.1%), dan KBS Crazy Love (8.2%).

Sumber: Kmania

loading...