Disahkan positif Covid-19, Taeil tidak berpeluang buat persembahan dikonsert NCT 127 ‘Neo City: The Link’ di Nagoya

Taeil NCT 127 tidak akan menyertai konsert kumpulan itu yang akan datang di Nagoya kerana didiagnosis dengan COVID-19.

Pada 18 Mei, NCT 127 mengumumkan melalui laman web rasmi Jepun kumpulan itu bahawa Taeil telah disahkan positif COVID-19.

Rentetan itu, Taeil tidak akan membuat persembahan dikonsert ‘Neo City: The Link’ NCT 127 di Nagoya, yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei di Vantelin Dome. Taeil kini tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi dia  akan kekal dalam pengasingan (dikuarantin) buat masa ini mengikut garis panduan pihak berkuasa kesihatan, demi keselamatan orang di sekelilingnya.

Bagaimanapun, 8 lagi ahli NCT 127 yang telah membuat ujian COVID-19 disahkan negatif dan akan meneruskan membuat persembahan ‘Neo City: The Link’ pada 22 Mei seperti yang dijadualkan.

Sementara itu, jelajah Jepun NCT 127 ‘Neo City: The Link’ dijadualkan berlangsung di Tokyo dari 28-29 Mei, dan di Osaka dari 25-26 Jun.

Sumber : (1)

loading...