Mabuk ketika memandu serta akibatkan kerosakan, Kim Sae Ron yang cuba larikan diri kini dalam siasatan polis. Agensi dan krew produksi beri respon

Pelakon Kim Sae Ron kini dalam siasatan pihak polis setelah ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Berdasarkan laporan, polisi Gangnam menerima lebih dari 6 panggilan pada pagi Rabu, 18 Mei 2022 bahawa sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan tidak stabil di atas jalan.

Sejurus selepas itu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kenderaan yang dipandu Kim Sae Ron telah melanggar struktur di tepi jalan berhampiran persimpangan Hakdong Gangnam pada kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan, dan cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

Selepas memberhentikan kenderaan, polis meminta pemandu kenderaan itu, Kim Sae Ron, untuk mengambil ujian penafasan. Bagaimanapun, Kim Sae Ron sebaliknya mahu dihantar ke hospital untuk menjalani ujian darah.

Terkini, menurut laporan penyiasatan tambahan, SUV Kim Sae Ron bertembung dengan kotak pengubah elektrik di tepi jalan sehingga kepungan pelindung di sekeliling kotak itu musnah, dan kotak itu tercabut dari kedudukannya di dalam tanah. Beberapa saksi juga mendakwa bahawa SUV itu melanggar kotak tersebut beberapa kali, menyebabkan beberapa siri bunyi yang kuat, tetapi pemandu tidak keluar untuk memeriksa kerosakan namun cuba memandu dalam cubaan untuk melarikan diri. (Gambar tempat kejadian boleh didapati di bawah.)

Akibatnya, beberapa bangunan di kawasan itu mengalami gangguan bekalan elektrik termasuk lampu isyarat juga turut padam.  Perniagaan di sekitar kawasan itu juga melaporkan gangguan sistem pemprosesan pembayaran, memaksa sesetengahnya ditutup pada waktu pagi. Kemalangan itu membawa kepada pembaikan ketara yang berlangsung selama kira-kira 5 jam.

Sementara itu, agensi pengurusan Kim Sae Ron, Gold Medalist turut mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai maklum balas terhadap berita mengenai artis mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dengan mengulas ringkas seperti berikut :

Kim Sae Ron menjalani ujian darah untuk menerima keputusan yang paling tepat. Selepas ujian darah, Kim Sae Ron diiringi pulang bersama penjaga.

Keputusan ujian darah akan tersedia dalam masa 2 minggu, dan selepas itu, Kim Sae Ron akan berikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan bersama pihak polis.

Krew produksi siri Netflix akan datang “Hunting Dogs” (terjemahan literal) yang dibintangi oleh Kim Sae Ron turut mengulas, “Kami sedang dalam penggambaran. Jadual penggambaran akan diselaraskan, dan jadual baru akan diumumkan sebaik sahaja ia diatur selepas perbincangan menyeluruh.”

Kim Sae Ron mula debut sebagai model majalah pada 2001. Dia muncul di filem “The Man From Nowhere” yang dibintangi Won Bin dan membuat wajahnya dikenali umum. Sejak itu, dia telah muncul dalam pelbagai karya seperti “The Neighbor” , “A Girl at My Door” , “Mirror of the Witch”, “Glamorous Temptation”, dan “The Great Shaman Ga Doo Shim”.

Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan semoga Kim Sae Ron ambil iktibar atas kejadian ini.

Sumber : osen, ytn, sports.khan, Naver, AllKpop

loading...