Spotify dan TOMOROW X TOGETHER akan rilis Enhanced Album pada 9 Mei ini

KUALA LUMPUR – Mei 2022: Spotify, perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia, mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan Album Yang Dipertingkatkan dengan Gen Z ‘it’ boys TOMORROW X TOGETHER pada 9 Mei 2022. Padat dengan kandungan eksklusif, album bertajuk ‘TOMORROW X TOGETHER presents minisode 2 : Thursday’s Child, the Enhanced Album’ bertujuan untuk meraikan keluaran EP baharu kumpulan ‘minisode 2: Thursday’s Child’.

Dicipta untuk pendengar global di mana-mana sahaja, Enhanced Album menawarkan pelbagai kandungan yang dibuat secara eksklusif untuk Spotify bagi merasai pengalaman yang lebih baik dalam album yang mengandungi lima buah lagu yang telah lama ditunggu-tunggu dari kumpulan ini. Mereka akan menyampaikan kisah budak lelaki yang jatuh cinta dalam siri album ‘The Chaos Chapter’ sebelum ini, namun kini berdepan dengan pengalaman putus cinta dengan cinta pertamanya dan berdepan dengan emosi yang kompleks.

Enhanced Album Spotify adalah unik untuk anda menikmati pengalaman Spotify, di mana ia membolehkan artis berhubung dengan peminat dan pendengar di seluruh dunia dengan lebih dekat melalui kandungan artis yang tidak dilihat sebelum ini. Melalui Enhanced Album, artis boleh menyampaikan maklumat baharu tentang karya seni mereka dan menyatakan kreativiti mereka dengan cara yang berbeza, manakala peminat boleh mengetahui lebih lanjut tentang artis dan beberapa lagu menerusi kandungan yang eksklusif. Enhanced Album Spotify  menyasarkan untuk menghubungkan peminat dan artis dengan lebih rapat, berfungsi sebagai tingkap di mana artis boleh menceritakan inspirasi artistik dan kisah di sebalik tabir kepada pendengar di seluruh dunia.

Sebelum ini, artis seperti Daft Punk, Lady Gaga, Megan Thee Stallion, Billie Eilish, St. Vincent dan Taylor Swift telah bekerjasama dengan Spotify untuk Album yang Dipertingkatkan. TOMORROW X TOGETHER adalah kumpulan artis Korea kelima selepas BTS, BLACKPINK, TWICE dan NCT127 untuk mengeluarkan Enhanced Album Spotify.

‘TOMORROW X TOGETHER mempersembahkan minisode 2: Thursday’s Child, the Enhanced Album’ menawarkan pengalaman senarai main multimedia baharu termasuk klip, video menegak (vertical video), pelapik audio (kandungan audio pertuturan), Kanvas (gelung video 8 saat yang dimainkan terlebih dahulu pada setiap lagu), dan Jalan Cerita (komentar bertulis peribadi pada setiap lagu). Enhanced Album juga menampilkan video ahli kumpulan secara individu bercakap tentang kenangan yang menyeronokkan sepanjang proses pembuatan album. Enhanced Album Spotify akan menghidupkan tiga konsep utama album (Benci/Hate, Tamat/End, dan Huru-hara/ Mess) , menyediakan gabungan rock tegar (hardcore rock), hip-hop dengan unsur rock, R&B dan lagu yang merdu.

Kami sangat teruja untuk mempersembahkan kandungan baharu yang mengasyikkan ini kepada MOA dan semua pendengar di Spotify sebagai tambahan kepada EP baharu kami. Kami berharap anda menikmati pengalaman istimewa di belakang tabir dan merasai hubungan yang lebih mendalam dengan meneruskan perjalanan melalui kandungan eksklusif kami yang dipilih susun secara peribadi hanya tersedia di Spotify. – Soobin, ketua kumpulan TOMORROW X TOGETHER

Kami bersyukur dapat bekerjasama dengan Spotify, yang sentiasa menerajui industri muzik global dengan menyokong pelbagai artis di seluruh dunia untuk menghidupkan visi kreatif mereka. Kami akan terus bekerjasama dengan Spotify dalam menghasilkan kandungan inovatif untuk membantu dan memotivasikan artis kami untuk menjangkau lebih ramai peminat muzik.- Jurucakap HYBE.

TOMORROW X TOGETHER telah berkembang menjadi salah satu kumpulan Kpop yang paling memberi impak global di Spotify. Kami gembira untuk mengeluarkan Enhanced Album TOMORROW X TOGETHER, menandakan Enhanced Album kelima dengan kumpulan K-pop untuk peminat K-pop di seluruh dunia. – Jurucakap Spotify

Peminat dan pengguna Spotify boleh mengakses senarai main ‘TOMORROW X TOGETHER presents minisode 2: Thursday’s Child, the Enhanced Album’ pada 6 petang KST (4 pagi AS ET) 2 Mei 2022, manakala Enhanced Album akan dikeluarkan pada masa yang sama bersama EP pada 6 petang KST (4 pagi AS ET) 9 Mei 2022 hanya di Spotify. Selain itu, Spotify akan mempromosikan TOMORROW X TOGETHER di papan iklan di bandar yang berbeza termasuk New York City dan Seoul, di samping lebih banyak aktiviti promosi untuk meraikan keluaran album baharu mereka.

Di Spotify, lebih 7.4 juta pendengar bulanan telah menstrim lagu TOMORROW X TOGETHER dengan CROWN, 0X1=LOVESONG (I Know I Love You) feat. Seori, Blue Hour, Anti-Romantic, 9 dan Three Quarters (Run Away) sebagai 5 lagu teratas yang paling banyak distrim di seluruh dunia. AS, Indonesia, India, Filipina dan Mexico adalah negara yang mempunyai pendengar TOMORROW X TOGETHER paling ramai dalam tempoh 28 hari yang lalu.

loading...