Yuna ITZY cetus kegelisahan netizen selepas dilihat lincah menari sehingga menampakkan selaput tulang rusuk

Yuna ITZY mencetuskan kegelisahan netizen selepas dilihat lincah menari di atas pentas dalam keadaan tubuhnya menampakkan selaput tulang rusuk.

Tangkap layar yang dipetik daripada ‘fancam’ persembahan ITZY itu diambil ketika membawakan lagu ‘Twenty’ di dalam Perjumpaan ITZY bersama Peminat pada 9 April 2022 lalu. Video persembahan tersebut memaparkan Yuna memakai baju ‘Crop Top’ singkat dengan selaput tulang rusuknya seringkali membuak-buak menekan kulit dadanya sebaik saja dia cuba menggerakkan tubuhnya.

Keadaan kesihatan yang dialami oleh Yuna menjadi perdebatan dalam kalangan netizen di laman komuniti forum. “Aku rasa dia ini terlampau kurus. Tak sepatutnya sampai nampak tulang rangka sebegini. Hmmm pelik-peliklah budaya pemakanan kumpulan kpop perempuan tika ini,” kata netizen itu.

Ada antara netizen juga mendakwa penyanyi itu kini sedang menderita penyakit anoreksia nervosa, lazimnya bagi mereka yang tidak lalu makan sehingga menyebabkan berat badannya turun mendadak.  Mereka mendoakan Yuna cepat sembuh sekiranya penyanyi itu menderita penyakit berkenaan.

ITZY sedang mempromosikan single ‘Voltage’ di negara matahari terbit dan kini di dalam persediaan untuk membuat ‘comeback’ album terbaru di Korea pula nanti.

Sumber: inews24

loading...