Netizen Jepun mengkritik penayangan drama terbitan AppleTV+, Panchiko yang disifatkan mereka sebagai fiksyen dan mengubah sejarah sebenar.
“Pachinko” berkisarkan tentang harapan dan impian empat generasi keluarga berketurunan imigran Korea yang berpindah ke Jepun dalam tempoh pendudukan negara itu di Korea ketika itu dan penglibatan mereka dalam Perang Dunia II. Drama ini akan diwarnai dengan kisah cinta, kehilangan, kemenangan, dan pembalasan dendam. Ia diadapatasikan daripada novel dengan judul yang sama yang pernah menjadi finalis Anugerah Buku Kebangsaan pada tahun 2017.
Baca lagi: 8 drama Korea terbaru sedia temani dan hiburkan hari anda sepanjang Mac ini
Berikutan drama ini berlatarbelakangkan keadaan sewaktu penjajahan Jepun, maka beberapa adegan yang menunjukkan hubungkait dengan penderitaan di bawah penjajahan Jepun telah dikritik oleh netizen Jepun. Antaranya, adegan Seon Ja (lakonan Kim Min Ha) yang pernah mengalami penderitaan ketika negaranya dijajah Jepun, memerhati tajam ke arah sebuah peta yang memaparkan negara Jepun lantas berkata, “Kau tak perlu takut apabila melihat peta ini.”
Beberapa adegan lain seperti kenyataan daripada seorang profesor ekonomi di Korea yang mendakwa penggabungan Korea dan Jepun memberikan keuntungan kepada perkembangan ekonomi Korea, selain dakwaan Korea menjual beras kepada Jepun pada harga tinggi membuatkan netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati mereka di laman sosial.
“Novelis itu memang tak pernah tinggal di Jepun ini, maka wujud kontradiksi di dalam ceritanya. Dia sengaja cuba memburuk-burukan Jepun,” luah netizen Jepun tersebut.
Meskipun drama ini mendapat kritikan hebat daripada warga Jepun, namun pengkritik Barat pula berpandangan sebaliknya. Seperti dipetik oleh portal NME, pengkritik memberikan mata sebanyak 5 dan menyebutnya sebagai drama Korea terbaik untuk tahun ini. Kenyataan pengkritik itu turut disokong oleh ulasan positif daripada portal BBC dan New York Magazine sekaligus memberikan markah 100% untuk Rotten Tomatoes.
Drama AppleTV+, Panchiko ini yang dibintangi oleh Lee Min Ho, Youn Yuh Jung, Kim Minha, Soji Arai, Jinha, dan Anna Sawai, baru saja menayangkan tiga episod pertama bermula pada hari ini, 25 Mac 2022.
Sumber: daum