Annyeong, chinguyaa~~ Eh, dah masuk bulan Mac 2022. As usual, setiap bulan akan ada drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang.
Well, sepanjang Mac ini, ada 8 buah drama Korea terbaru dan pastinya menawarkan pelbagai pilihan dari segi tema, serta gandingan pelakon. So, let’s check it out the list.
1. Crazy Love
- Tarikh Tayangan: 7 Mac 2022
- Penyiar: KBS, Disney+ Hotstar Malaysia
- Barisan Pelakon: Kim Jae Wook, Krystal Jung, Ha Joon, Jo In
Drama rom-com “Crazy Love” ini mengisahkan percintaan antara seorang lelaki yang berpura-pura mengalami amnesia kerana dia fikir dia akan dibunuh dan seorang wanita yang berpura-pura menjadi tunangnya kerana mempunyai jangka hayat yang pendek.
Kim Jae Wook memainkan watak Noh Go Jin, Ketua Pegawai Eksekutif GOTOP dan merupakan pengajar matematik terbaik. Manakala, Krystal Jung akan memegang watak Lee Shin Ah, setiausaha Noh Go Jin yang pemalu dan pendiam. Disebabkan sifatnya itu, kehadirannya dalam syarikat itu kurang mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, apabila bercakap mengenai tanggungjawab dan keikhlasan, dia antara yang terbaik. Ha Jun turut membintangi drama ini sebagai Oh Se Gi, naib presiden GOTOP. Dia adalah naib presiden syarikat yang kacak serta menawan dan satu-satunya individu yang boleh menenangkan Noh Go Jin.
Kim Jung Hyun dari “Sassy Go Go” dan “My Fellow Citizens” akan mengarahkan “Crazy Love”. Dia terkenal secara meluas kerana menggambarkan humor gelap dengan cara yang terbaik. Justeru, peminat sangat menantikan drama tersebut.
2. Kill Heel
- Tarikh Tayangan: 10 Mac 2022
- Penyiar: tvN, iQiYi, tvN Asia Astro Ch 395 & Unifi TV ( Setiap Khamis – Jumaat, 9.15 PM)
- Barisan Pelakon: Kim Ha Neul, Lee Hye Young, Kim Sung Ryung
“Kill Heel” ialah sebuah drama tentang pertempuran sengit dan cita-cita yang tidak berkesudahan tiga wanita dalam dunia program rangkaian beli-belah di rumah yang disiarkan dikaca tv.
Kim Ha Neul sebagai Woo Hyun, yang berusaha untuk melarikan diri dari kehidupannya yang stagnan dengan menjadi hos rancangan teratas untuk UNI Home Shopping. Lee Hye Young pula sebagai Mo Ran, seorang wanita yang mendaki dari permulaannya yang sederhana sebagai kerani ke puncak sebagai naib presiden UNI Home Shopping. Manakala, Kim Sung Ryung sebagai Ok Sun, pengacara rancangan di UNI Home Shopping yang nampaknya mempunyai kehidupan yang sempurna bersama suami ahli politiknya yang terkenal dan anak lelakinya yang comel.
Drama ini sepatutnya disiarkan pada penghujung Februari 2022 tetapi terpaksa ditunda tayangan selama 2 minggu berikutan Covid-19.
3. A Superior Day
- Tarikh Tayangan: 14 Mac 2022
- Waktu Siaran: Setiap Isnin, 9.15 PM
- Penyiar: OCN, tvN Asia Astro Ch 395 & Unifi TV
- Barisan Pelakon: Jin Goo, Ha Do Gwon, Lee Won Keun, Kim Do Hyun
Berdasarkan webtoon terkenal dengan nama yang sama, “A Superior Day” ialah drama thriller tentang mimpi ngeri 24 jam seorang lelaki biasa yang mesti menyelamatkan anak perempuannya yang diculik dengan membunuh pembunuh bersiri yang tinggal bersebelahan.
Drama ini mengikuti kehidupan tiga watak, Lee Ho Cheol, Kwon Shi Woo dan Bae Tae Jin. Ho Cheol ialah seorang bapa yang baik yang bekerja sebagai bomba. Shi woo, ialah seorang pembunuh bersiri yang terkenal di seluruh negara dan Tae Jin ialah pembunuh upahan yang menculik anak perempuan Ho Cheol untuk memaksa Ho Cheol membunuh Shi Woo dalam masa 24 jam.
4. The King of Pigs
- Tarikh Tayangan: 18 Mac 2022
- Waktu Siaran: Setiap Jumaat dan Sabtu
- Penyiar: TVING
- Barisan Pelakon: Kim Dong Wook, Kim Sung Kyu, Chae Jung An, Han Soo Yeon
“The King of Pigs” ialah drama bertemakan thriller yang mengisahkan mereka yang mengimbas kembali pengalaman sebagai mangsa buli dan keganasan akibat pembunuhan bersiri misteri yang bermula apabila mereka menerima mesej daripada seorang rakan sejak 20 tahun lalu. Melalui watak-watak yang mempunyai nasib yang tragis ini, drama ini menyentuh tentang asal usul keganasan sekolah dan keganasan yang melanda masyarakat moden.
Drama ini berdasarkan filem animasi pengarah Yeon Sang Ho dengan judul yang sama dan telah pun diakui kualiti sinematiknya dipelbagai festival filem.
Drama ini berkisar tentang tiga watak, iaitu Hwang Kyung Min (lakonan Kim Dong Wook), Jung Jong Suk (dilakonkan oleh Kim Sung Kyu) dan Kang Jin A (lakonan Chae Jung An). Hwang Kyung Min ialah seorang mangsa buli 20 tahun lalu namun kelihatan seperti orang normal yang bahagia dan menikmati kehidupan bersama keluarganya.
Jung Jong Suk juga pernah menjadi mangsa buli 20 tahun lalu yang kini bekerja sebagai detektif yang menerima mesej misteri daripada rakan lamanya. Bersama-sama dengan Kang Jin A, seorang detektif yang berkarisma dan bersemangat, mereka cuba mencari tahu mesej untuk menghentikan lebih banyak pembunuhan.
Drama ini adiadaptasi dari sebuah filem animasi dengan judul yang sama karya dari Yeon Sang Ho. Melalui watak-watak yang mempunyai trauma serta nasib yang tragis, drama ini menyentuh tentang asal usul keganasan sekolah dan keganasan yang melanda masyarakat moden.
6. Why Her?
- Tarikh Tayangan: 18 Mac 2022
- Waktu Siaran: Setiap Jumaat dan Sabtu
- Penyiar: SBS, Viu
- Barisan Pelakon:Hwang In Yeop, Seo Hyun Jin, Heo Joon Ho, Bae In Hyuk
Viu Original Why Her? berkisarkan tentang Oh Soo Jae (lakonan Seo Hyun Jin) adalah seorang peguam yang berbakat dan rakan kongsi termuda di firma berprestij,TK Law Firm. Dia seorang yang berhati dingin dan sangat didorong oleh keinginannya untuk memenangi sesebuah kes. Penglibatannya dalam kes-kes yang tidak dijangka dan keputusan yang salah menyebabkan penurunan pangkat dan dia akhirnya bekerja sebagai penolong profesor di sekolah undang-undang.
Sementara itu, Gong Chan (dilakonkan oleh Hwang In Yeop) ialah seorang pelajar undang-undang yang mempunyai masa lalu yang menyakitkan, tetapi masih mempunyai hati yang baik. Dia bertemu dengan Oh Soo Jae 10 tahun lalu, ketika dia pernah dituduh melakukan jenayah. Walaupun masa lalu mereka yang pahit, Gong Chan jatuh cinta dengan Oh Soo Jae. Bagaimana cinta mereka akan mekar nanti? Korang kena stream di Viu kelak jika drama ini tidak disiarkan dirangkaian SBS menerusi Astro ONE TV Asia.
Kim Ji Eun dari “Lie After Lie” akan menulis skrip. Sementara, Park Soo Jin dari “While You Were Sleeping” akan mengarahkan drama itu.
- Tarikh Tayangan: 25 Mac 2022 (Setiap Jumaat dan Sabtu)
- Penyiar: MBC, Netflix
- Barisan Pelakon: Kim Hee Sun, Rowoon, Lee Soo Hyuk, Yoon Ji On
Tomorrow adalah drama fantasi tentang malaikat maut yang dulu mengawal kematian seseorang kini menyelamatkan manusia yang ingin mati. Drama ini menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong (Rowoon) yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan malaikat maut Gu Ryeon (Kim Hee Sun) dan Im Ryoog Gu (Yoon Ji On) dalam misi khas untuk menyelamatkan manusia yang ingin membunuh diri. Choi Jun-woong kemudian menjadi pekerja kontrak di Pasukan Pengurusan Krisis untuk sama-sama membantu dalam misi mereka. Manakala Lee Soo Hyuk akan melakonkan watak Park Joong Gil, malaikat maut yang menakutkan.
“Tomorrow” diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama oleh Llama. Kim Tae Yoon akan membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah drama menerusi drama ini. Lebih-lebih lagi, peminat tidak sabar untuk melihat Rowoon dalam drama aksi, tidak seperti drama genre romantisnya yang biasa.
“Tomorrow” akan mudah diakses oleh orang ramai untuk menstrim dalam talian kerana ia akan dikeluarkan secara global di Netflix selain rangkaian pengeluarannya, MBC.
7. Pachinko
- Tarikh Tayangan: 25 Mac 2022
- Penyiar: Apple TV+
- Barisan Pelakon: Lee Min Ho, Kim Min Ha, Youn Yuh Jung, Anna Sawai, Jung In Ji, Jin Ha, Soji Arai, Minami Kaho, Noh Sang Hyun
“Pachinko” berkisarkan tentang harapan dan impian empat generasi keluarga berketurunan imigran Korea yang berpindah ke Jepun dalam tempoh pendudukan negara itu di Korea ketika itu dan penglibatan mereka dalam Perang Dunia II. Drama ini akan diwarnai dengan kisah cinta, kehilangan, kemenangan, dan pembalasan dendam. Ia diadapatasikan daripada novel dengan judul yang sama yang pernah menjadi finalis Anugerah Buku Kebangsaan pada tahun 2017.
Drama ini menceritakan tentang kehidupan Kim Sun-Ja, seorang gadis Busan yang jatuh cinta dengan Koh Han Su. Dia sudah mengandung apabila mendapat tahu Koh Han Su sudah berkahwin dengan orang lain.
Hancur luluh hati dengan keadaannya, seorang paderi gereja datang dan menyelamatkan hidupnya dengan mengahwininya. Dia dan suaminya, Baek Isak berpindah ke Jepun dan melahirkan anaknya di sana. Tinggal di Jepun dalam tempoh masa itu bukanlah gurauan, mereka perlu mengatasi diskriminasi, perkauman dan perjuangan.
Lee Min Ho akan membawa watak Koh Hansu yang digambarkan sebagai orang asing dan saudagar misteri yang terlibat dalam jenayah terancang. Anna Sawai pula akan memegang watak Naomi, seorang pekerja yang dihormati di dalam bidang kewangan yang didominasi ramai kaum lelaki. Kim Minha sebagai Sunja, wanita muda yang terpaksa hidup berdikari di negara yang asing baginya, dan Jin Ha sebagai Solomon, lelaki terpaksa memperbetulkan kesilapan keluarganya pada masa lalu.
8. Soundtrack #1
- Tarikh Tayangan: 23 Mac 2022
- Penyiar: Disney +Plus
- Barisan Pelakon: Park Hyung Sik, Han Soo Hee
“Soundtrack #1” merupakan drama siri original Disney+ dengan empat episode secara keseluruhannya. Ia digambarkan sebagai “drama muzikal” tentang seorang lelaki dan seorang wanita yang telah berkawan baik selama 20 tahun tetapi menyelami perasaan sebenar masing-masing apabila mereka terpaksa tinggal di rumah yang sama selama dua minggu. Apakah hubungan mereka akan kekal sebagai kawan atau sebaliknya menjadi pasangan kekasih selepas itu? Itulah persoalan yang yang dilontarkan pada poster drama ini.
Drama ini diarahkan oleh Kim Hee Won (“Vincenzo”) dan dibintangi oleh Park Hyung Sik sebagai Han Sun Woo, seorang jurugambar yang sedang meningkat naik, jarang bercakap tetapi mempunyai personaliti yang mesra dan penyayang. Manakala, Han So Hee sebagai Lee Eun Soo, seorang penulis lirik yang menyenangkan dan jujur serta tidak takut untuk meluahkan buah fikirannya.
Membawa genre drama percintaan muzikal, “Soundtrack #1” telah mengeluarkan 4 runut bunyi (OST) iaitu “Love Beyond Words” oleh Kyuhyun Super Junior, “Want to Be Happy” oleh Park Bo Ram, “Your Tender Heart Hurts Me” oleh Davichi, dan “My Love ”oleh Kim Jong Kook. Peminat bukan sahaja tidak sabar untuk melihat keserasian Park Hyung Sik dan Han So Hee, tetapi mereka juga menantikan runut bunyi drama itu.
“Soundtrack #1” boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar mulai 23 Mac.
Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!
Apapun korang, amalkan disiplin diri, patuh jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter, gunakan pelitup muka, patuh kepada SOP yang ditetapkan dan sentiasa jaga kebersihan diri.