Kumpulan APRIL telah dibubarkan secara rasmi, menurut agensinya DSP Media.
“Hi, ini DSP Media. Kami nak bagitahu artis jagaan kami, APRIL sudah terbubar. Selepas berbincang lama, pihak agensi dan ahli-ahli APRIL memutuskan untuk membubarkan APRIL dan bergerak sendiri… Terima kasih kepada peminat yang menyokong APRIL selama 6 tahun,” kata jurucakap agensi itu.
Terdahulu, RBW mengumumkan bahawa mereka akan mengambil alih pengurusan DSP Mac pada penghujung Mac 2022.
APRIL yang ‘debut’ pada 2015 dikenali dengan lagu ‘Oh! My Mistake’, ‘Lalalilala’ dan ‘April Story’. Kali terakhir APRIL membuat ‘comeback’ pada tahun 2020 menerusi album istimewa, ‘Hello Summer’. Salah seorang ahlinya yang terkenal ialah Lee Naeun. yang baru ini selesai kes mahkamahnya berhubung tuduhan buli.
Sumber: spottvnews