Memanggil Jamie Park dengan gelaran jijik, Jae Park memohon maaf kerana terlanjur kata

May be an image of 6 people and indoor

Jae Park baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila menghemburkan kata-kata yang agak jijik terhadap kawan baiknya, Jamie Park atau Park Jimin.

Dalam satu klip video di mana Jae Park sedang berinteraksi dengan peminatnya, Jae Park meluahkan pendapatnya terhadap Jamie Park yakni merupakan kawan baiknya ketika mereka bersama-sama di bawah satu agensi dahulu, JYP Entertainment.

“Sekarang, aku bukan lagi Kpop, jadi boleh cakap begini, kenapa Jamie cuba nak jadi ‘thot’ (perempuan jalang)?…Betul, aku yang cakap ni. Tolong bagitahu dia,” katanya sambil tertawa terbahak-bahak. Meskipun gurauan Jae Park tersebut mungkin tidak mencalarkan hati Jamie Park kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain pada mulanya, namun ia mengundang perasaan tidak selesa dalam kalangan peminat yang mengagumi penyanyi idol itu seketika dulu. Akibatnya, klip video tertular sehingga menyebabkan netizen mendesaknya membuat permohonan maaf dengan segera.

Jamie Park turut mengulas tentang gurauan senda Jae Park dengan nada yang kecewa. “Fikirlah aku kasihani kau dulu ketika kau berada di JYP dan banyak kali yang kau rasa betul belaka. Aku doakan soalan kau itu macam aku, betul-betul mengecewakan,” ujar Jamie Park namun memadamkan hantaran itu di twitter kemudian. “Aku benci wanita jadi sasaran kutukan daripada lelaki untuk menyenangkan hati netizen,” tambahnya kemudian.

Jae Park dalam satu kenyataan hari ini menghulurkan salam kemaafan buat Jamie Park. “Apa yang aku sangka sebagai gurau senda antara kawan, rupanya tidak…Aku sedar tiada alasan untuk aku berbuat demikian. Maaf dengan ikhlas kepada Jamie serta mereka yang terkesan dengannya,” ujarnya di dalam twitter sambil memetik nama Jamie Park.

Jae Park bukan lagi artis di bawah jagaan JYP Entertainment apabila memutuskan untuk keluar daripada Day6 pada 1 Jan 2022 lalu.

Sumber: N/A

loading...