Duda terhangat, Ahn Jae Hyun akhiri zaman ‘jambu’ dengan imej baru

May be an image of 2 people

Tampaknya, Ahn Jae Hyun, duda terhangat kini sedang mengolah imejnya ke arah yang baharu.

Pelakon yang berusia 34 tahun yang terkenal menerusi drama SBS My Love From The Star dan jtbc Beauty Inside itu dilihat berkongsikan gambar swafoto di laman sosial instagram miliknya pada 6 Disember 2021 lalu.

Perubahan dandadan rambutnya yang kini tidak lagi menutupi dahi, telah menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan netizen samada duda terhangat itu sudah ‘move on’ daripada zaman ‘jambu’-nya untuk ke arah paparan imej lelaki yang lebih maskulin di masa hadapan.

Ahn Jae Hyun sebelum ini berhadapan penceraian yang menyakitkan daripada bekas isterinya, pelakon Koo Hye Sun, seterusnya menyebabkan beliau bergelut untuk kembali bergiat di dalam industri hiburan semula sejak kali terakhir berlakon di dalam drama MBC Love with Flaws pada tahun 2019. Beliau dilihat menyertai program realiti tv, antaranya ‘Athletic Genius Ahn Jae-hyun’ yang disiarkan oleh cenel tvN.

Sumber: spottvnews

loading...