Bunyi bising sampai ke subuh, jiran Kim Kyung Nam dakwa tak boleh tidur lena

May be an image of 1 person and text

Pelakon Kim Kyung Nam baru-baru ini didakwa sebagai suspek yang menyebabkan kebisingan sehingga mengganggu ketenteraman kawasan kejiranan rumahnya.

Kontroversi itu mula tertular selepas seorang netizen memuatnaik luahan di laman komuniti forum dengan judul, “Macammana aku nak hentikan gangguan bising dari jiran, yakni seorang selebriti?”.

“Aku tinggal di officetel lama yang tiada kalis bunyi, maka memang kena hati-hati apabila membuat bunyi bising. Ada orang yang baru pindah ke sini tiba-tiba ajak kawannya berbual sampai ke subuh tiap-tiap hari dan bunyi bising sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Malah, pengurus apartment kami juga pernah kunjungi rumahnya dan minta jiran itu supaya diam. Jiran yang buat bising itu kata dia tak mampu buat apa-apa. Oleh itu, pengurus minta aku mengadu kepada pihak polis,” luahnya.

“Dia pernah muncul di dalam MBC ‘I Live Alove’. Dan pernah suatu ketika, aku cuba mesejnya di dalam Instagramnya supaya diam. Tetapi tindakan itu tidak berhasil juga lalu aku segera ke rumahnya dalam jam 3.30 pagi. Dia masih syok bersembang lagi macam rasa tak bersalah. Cukuplah, aku tidak lagi tahan,” sambungnya lagi.

Sebaik saja nama Kim Kyung Nam dikenalpasti sebagai suspek itu, agensi mengesahkan tuduhan berhubung Kim Kyung Nam hari ini. ” Kim Kyung Nam sudah pun berjumpa dengan jiran itu dan cuba membuat permohonan maaf kepadanya. Mulai hari ini, Kim Kyung Nam akan berhati-hati supaya kejadian ini tidak lagi berulang. Maaf kepada mereka yang menderita dan kepada mereka yang terkejut dengannya,” kata jurucakap agensinya.

Kim Kyung Nam juga merupakan seorang pelakon dan pernah muncul di dalam drama seperti tvN Prison Playbook dan SBS The King : The Eternal Monarch.

Sumber: ten10, OSEN

loading...