Nikmati tayangan perdana K-drama terhebat ‘High Class’, ‘Hometown’, ‘The Veil’, & ‘One The Woman’ di Astro pada September ini

Tayangan perdana K-drama di Astro pada September ini

Pada September ini, peminat K-drama boleh menikmati tayangan perdana siri-siri terbaharu drama Korea yang ditayangkan pada Hari Sama Dengan Korea di Astro menerusi Oh!K (saluran 394 HD), tvN (saluran 395 HD), ONE (saluran 393 HD), dan k. Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan selepas tayangan di TV menerusi On Demand dan Astro GO.

Para peminat K-drama boleh menantikan tayangan perdana siri kegemaran Korea yang menarik pada September ini, termasuk:

  • High Class, drama misteri dan aksi jenayah Korea, dibintangi Cho Yeo-Jeong, Kim Ji-Soo, Ha Joon, Park Se-Jin dan Gong Hyun-joo, bermula 7 September di K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD).
  • Hometown, drama seram dan misteri pembunuhan bersiri Korea, membariskan Yoo Jae-myung, Han Ye-ri, Uhm Tae-goo dan ramai lagi, bermula 23 September di tvN (Saluran 395 HD).
  • The Veil, drama Korea penuh aksi, menampilkan Nam Goong Min, Park Han Sun, Kim Ji Eun dan Kim Byeong Ki, bermula 18 September di Oh!K (Saluran 394 HD).
  • One The Woman, drama romantik dan komedi Korea, dibintangi Lee Hanee, Lee Sang Yoon, Lee Won Keun dan ramai lagi, bermula 18 September di ONE (Saluran 393 HD).

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

Baca juga : September ini tampilkan 8 lagi drama Korea terbaru untuk tontonan anda!

Berikut adalah drama-drama yang akan ditayangkan menerusi Korean Pack di Astro

High Class [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

7 September, Selasa & Rabu, 9.15 malam

K-Plus (Astro GO saluran 395 HD)

Sempurnakah kehidupan 0.1 peratus wanita dari golongan teratas di mata masyarakat? Drama ini mengisahkan fitnah dan kepuraan yang tersembunyi di sebalik kehidupan tersebut. Ia menjadi tegang dan misteri kepada golongan yang mengalaminya.

Song Yeo-ool dibelengu dengan pembunuhan suaminya dan dia kehilangan segalanya. Nam Ji-seon terkenal di kalangan ibu-ibu di sekolah antarabangsa, tempat di mana anak-anak golongan elit bersekolah. Danny, bekas pemain hoki ais adalah seorang guru di sekolah itu. Hwang Na-yoon pula seorang ibu tunggal dan merupakan satu-satunya wanita yang mesra dengan Song Yeo-ool. Cha Do-yeong, seorang pelakon yang kurang mendapat perhatian, mengikuti Nam Ji-seon kerana ingin mendapati perhatian ramai.

The Veil [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

18 September, Sabtu & Ahad, 7.50 malam

Oh!K (saluran 394 HD)

Drama ini mengisahkan tentang ejen NIS teratas yang menghadapi masalah besar dalam organisasi ketika dia mengejar pengkhianat yang telah merosakkan reputasinya. Ini merupakan satu proses untuk catatan rekod sebagai agen yang telah membuat dirinya untuk melupakan kenangan lalu dan menjalani kegelapan dalam dirinya.

One The Woman [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

18 September, Sabtu & Ahad, 9.45 malam

ONE (Saluran 393 HD), On Demand & Astro GO

Kisah seorang pendakwa yang terlibat dengan rasuah, Jo Yeon Joo, kehilangan daya ingatannya dalam kemalangan kereta dan terbangun dari koma dengan identiti baru bernama Kang Mi Na, setelah ramai yang keliru kerana persamaan mereka. Dia memulakan kehidupan barunya sebagai menantu kepada keluarga Chaebol dari perkahwinan yang diatur dan dia diharapkan menjadi suri rumah yang konservatif. Sementara itu, suaminya Han Seung Wook, bertemu dengan cinta pertamanya, dan dia masih mempunyai perasaan pada wanita itu.

Hometown [Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

23 September, Khamis & Jumaat, 9.15 malam

tvN (saluran 395 HD), On Demand & Astro GO

Sebuah kisah misteri seram di tahun 1999, di mana seorang detektif dan seorang wanita mencari anak saudaranya yang diculik, dan berganding bahu untuk mencari pengganas yang dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan.