September ini tampilkan 8 lagi drama Korea terbaru untuk tontonan anda!

Annyeong, chinguyaa~~ Eh, dah nak masuk bulan September. Sebelum itu, min nak ucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64! Korang dah dapatkan vaksinasi? Min dan rakan-rakan semua sudah. Kalau korang belum lagi daftar, daftarlah sekarang untuk divaksinasi agar ia dapat jadi benteng imun badan kita.

Apapun, begitu, kita masih lagi dalam proses melawan Pandemik Covid-19, jadi sila patuh SOP yang disediakan kawan-kawan! As usual,  tayangan drama Korea tetap diteruskan untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, ada 8 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang September ini. So, let’s check it out the list.

1 Lost (JTBC)

JTBC “Lost” atau tajuk lainnya “Human Disqualification” berkisarkan tentang kehidupan mereka yang belum mencapai apa-apa dan mahu cuba jadi yang terbaik di depan masyarakat.

Jeon Do Yeon akan membawakan watak Boo Jung, penulis siluman (“ghostwriter”) di usia 40-an yang terkapai-kapai mencari kehidupan yang diingini manakala Ryu Jun Yeol pula sebagai Kang Jae, seorang lelaki usia 30-an yang takut untuk keluar daripada cangkuman keselesaan dirinya. Dia merupakan pekerja yang menjalankan perkhidmatan di mana mereka akan melaksanakan apa sahaja peranan yang diminta oleh klien. Boo Jung dan Kang Jee yang hidup keseorangan ini akhirnya dipertemukan bersama dan cuba untuk bersimpati sesama sendiri bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Park Byung Eun pula akan membawakan watak Jung Soo, suami kepada Boo Jung dan juga seorang ketua pasukan pengurusan jabatan makanan di pasar raya. Dia adalah anak yang baik dan menantu yang manis, tetapi tidak mengendahkan isterinya. Kim Hyo Jin pula sebagai Kyung Eun, cinta pertama Jung Soo. Dia adalah seorang wanita yang menghabiskan sepanjang hari untuk merawat suaminya yang sakit.

“Lost” mendapatkan khidmat sutradara Heo Jin Ho yang terkenal dengan filem-filem hebat seperti “Forbidden Dream,” “Princess Deokhye,” “One Fine Spring Day,” dan “Christmas in August.” Skripnya pula ditulis oleh Kim Ji Hye yang juga dikenali kerana hasil kerjanya di dalam bidang layar perak seperti “Wish,” “My Love, My Bride,” dan “Architecture 101.”

Sekiranya kita membahagikan kehidupan manusia menjadi “kehidupan yang cerah” dan “kehidupan yang gelap”, kehidupan seperti apa yang paling kita inginkan? Sudah tentu, kita semua akan melakukan yang terbaik untuk memilih jalan yang terbaik dalam hidup. Tetapi “Lost” bermula dengan pertanyaan, “Bagaimana jika saya menjalani kehidupan yang sedikit berbeza dari diri saya yang asal?” Ini mengenai kisah mereka yang berdiri dalam kegelapan, tanpa disinari cahaya. Kami berhasrat untuk menceritakan kisah kehidupan yang paling biasa, mengenai mereka yang berjalan di jalan gelap yang bukan pilihan yang mudah untuk kita lakukan. – Produksi

Drama ini akan bersiaran menerusi rangkaian JTBC dan platform iQIYI mulai 4 September depan pada setiap Sabtu dan Ahad.

2. High Class (tvN)

“High Class” yang bertemakan misteri ini disutradarai oleh Choi Byung Gil atau dikenali dengan Ashbun, yang sebelumnya pernah menyutradarai “Hotel King”, “Angry Mom”, “Missing 9” dan beberapa lagi drama, serta ditulis naskahnya oleh Hyun Jung.

“High Class” adalah sebuah drama penuh ketegangan yang berlatarbelakangkan sebuah sekolah antarabangsa yang sangat mewah di mana anak-anak golongan elit bersekolah.. Drama ini menceritakan tentang misteri penipuan dan fitnah disebalik kehidupan sempurna para wanita yang hidup di 0.1 peratus kelas teratas dalam masyarakat.

Cho Yeo Jeong berperanan sebagai Song Yeo Wool, seorang peguam yang kehilangan segalanya ketika dia dipertuduhkan dalam pembunuhan suaminya. Masalah itu ternyata menjadi penyebab Song Yeo Wool mula dijauhi oleh ibu-ibu yang lain.

Kim Ji Soo pula sebagai Nam Ji Sun, “ratu lebah” di kalangan ibu-ibu di sekolah antarabangsa. Misteri bermula apabila Song Yeo Wool bertemu dengan ibu rakan sekelas anaknya, yang merupakan skandal suaminya sebelum dia dibunuh.

Danny Oh (lakonan Ha Joon), seorang guru di sekolah dan merupakan bekas pemain hoki ais. Hwang Na Yoon (lakonan Park Se Jin), seorang ibu tunggal yang merupakan satu-satunya teman Song Yeo Wool. Cha Do Young (dilakonkan oleh Gong Hyun Joo) pula, bekas pelakon terkenal yang mengikuti Nam Ji Sun kerana dia ingin kembali menjadi tumpuan.

“High Class” akan bersiaran mulai 7 September depan menerusi K-Plus (Astro GO saluran 396 HD). Drama ini akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea. Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan selepas tayangan di TV menerusi On Demand dan Astro GO.

“High Class” juga turut tersedia diplatform iQIYI untuk tontonan para penggemarnya.

3. The Veil (MBC)

The Veil yang bertemakan aksi dan thiller mengisahkan tentang Han Ji-Hyuk sebagai agen terbaik di National Intelligence Service (NIS). Dia dikagumi oleh rakan-rakannya, tetapi dia telah meletakkan NIS dalam krisis dan kemudian menghilang.  Selepas setahun,  Han Ji-Hyuk kembali ke NIS untuk mencari pengkhianat yang menyebabkan dia jatuh ke dalam jurang. Dalam usaha mengungkap pengkhianat dalaman yang menjatuhkannya, dia menghadapi musuh yang jauh lebih besar disebalik organisasi itu.

Han Ji Hyuk (lakonan Namgoong Min) adalah ejen terbaik di NIS. Dia dikagumi oleh rakan-rakannya kerana rekod dan kemahirannya yang sempurna dalam menyelesaikan misi. Dia telah menghilangkan sindiket jenayah terancang.

Namun, ketika dia seperti berjaya menyelesaikan misi sindiket jenayah terancang, Han Ji Hyuk tiba-tiba menghilang dari muka bumi. Setelah kehilangan ingatannya dan hilang selama setahun, dia kembali dengan berani ke organisasi untuk mencari pengkhianat yang bertanggungjawab atas kejatuhannya.

Seo Soo Yeon (lakonan Park Ha Sun) adalah ketua Pasukan 4 Pusat Maklumat Jenayah yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas dan menyelesaikan kes. Dia mempunyai kasih sayang yang tinggi kepada orang, dan terutama dalam menjaga rakan sepasukannya.

“The Veil” disutradarai oleh Kim Sung Yong dan ditulis oleh Park Seok Ho. Drama ini akan disiarkan melalui Oh!K TV Asia Astro Ch 394 mulai 18 September, Setiap Sabtu dan Ahad jam 7.50 malam. “The Veil” akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea. Ia juga boleh distrim pada bila-bila masa, di mana jua melalui On Demand dan Astro Go.

“The Veil” juga tersedia diplatform Viu untuk ditonton.

4. One The Woman (SBS)

“One the Woman” atau “Wonder Woman” adalah sebuah melodrama dan romkom baru yang diarahkan oleh Choi Young Hoon, yang juga pernah menggarap drama “OB & GY” dan “Five Fingers”, dan naskhahnya ditulis oleh Kim Yoon. Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwa korup yang cuba mengembalikan ingatannya setelah mendapat amnesia dan bertukar hidup dengan menantu chaebol yang mirip dengannya.

Honey Lee akan membawakan dua peranan sebagai menantu chaebol Kang Mi Na dan seorang pendakwa, Jo Yeon Joo. Pertama, Jo Yeon Joo adalah satu-satunya anak perempuan ketua kumpulan gangster. Dia adalah graduan dari Seoul University Law School dan lulus peperiksaan bar dengan cemerlang. Dia adalah orang yang bersemangat yang tidak teragak-agak untuk mengatakan apa yang ada di fikirannya. Hobinya adalah mendapatkan penaja dan berpihak kepada orang-orang yang berpengaruh.

Sebaliknya, Kang Mi Na adalah anak perempuan bongsu Kumpulan Yumin dan menantu Kumpulan Hanju. Sebagai sebahagian daripada keluarga konglomerat, dia hanya mempamerkan kekayaan dan pesona anggun. Namun, dia dikritik hebat oleh ibu bapa dan mertuanya kerana dia dilahirkan secara luar nikah.

Han Seung Wook lakonan Lee Sang Yoon digambarkan sebagai insan yang bertuah kerana memiliki semuanya: penampilan yang baik, fizikal yang menarik, dan keperibadian yang lembut dan murah hati. Dia juga merupakan pewaris kekayaan keluarganya. Dia dilahirkan sebagai putera pewaris seterusnya untuk Kumpulan Hanju, salah satu syarikat terkemuka di Korea, tetapi ketika ayahnya tiba-tiba meninggal dunia, dia telah ditolak keluar daripada senarai pewaris harta.

“One Of The Woman” akan mula bersiaran pada 18 September depan menerusi ONE TV Asia, Astro Ch 393 pada setiap Sabtu dan Ahad, 9.45 malam. Drama ini akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan selepas tayangan di TV menerusi On Demand dan Astro GO.

Drama ini juga turut tersedia diplatform iQIYI dan juga Viu untuk tontonan para penggemar mereka.

5. Yumi’s Cells (tvN)

“Yumi’s Cells” adalah sebuah drama romantis berdasarkan webtoon hit tentang seorang pekerja pejabat biasa bernama Yumi, yang diceritakan dari perspektif sel-sel otak di kepalanya yang mengawal pemikiran, perasaan, dan tindakannya.

Yumi’s Cells menceritakan tentang kehidupan seorang pekerja pejabat biasa bernama Yumi (Kim Go Eun). Sel-sel cinta Yumi mengalami koma berpanjangan kerana Yumi pernah mengalami kegagalan dalam hubungan cinta. Sel-sel otak Yumi juga menunjukkan bahawa dirinya mengalami trauma dalam hal percintaan.

Yumi kemudian bertemu dengan seorang jejaka bernama Goo Woong (Ahn Bo Hyun) seorang pembangun permainan (game developer) yang diceritakan memiliki peribadi yang mesra dan sangat serius ketika bekerja.  Yumi akan dibantu oleh Goo Woong dalam membangunkan kembali sel-sel cintanya yang telah lama mati.

Dalam usaha membangkitkan kembali sel-sel cinta Yumi yang telah lama koma bahkan boleh dikatakan mati, Yumi mengalami kesulitan dalam membangkitkan sel-sel cinta. Meskipun begitu, Yumi mampu menghidupkan kembali sel-sel cintanya berkat bantuan Goo Woong.

Selain daripada Kim Go Eun dan Ahn Bo Hyun, Yumi’s Cells turut dibarisi pelakon lain seperti Lee Yoo Bi sebagai Ruby, Park Ji Hyun sebagai Sae Yi, dan Jinyoung GOT7 sebagai Yoo Babi.  Minho SHINee akan melakukan kemunculan istimewa sebagai Woo Gi.

“Yumi’s Cells” akan ditayangkan dalam beberapa musim. Ia diarahkan oleh Lee Sang Yeob, pengarah drama “Familiar Wife” dan “Shopping King Louie,” dan ditulis bersama oleh penulis “Find Me in Your Memory” Kim Yoon Joo dan pendatang baru Kim Kyung Ran. Penulis “W” dan “Memories of the Alhambra” Song Jae Jung telah mengambil bahagian sebagai pencipta (creator).

Drama ini akan mula bertayangan pada 17 September depan menerusi rangkaian tvN dan akan tersedia untuk tontonan menerusi platform iQIYI.

6. Squid Game (Netflix)

“Squid Game” adalah sebuah drama Korea terbaru Netflix yang menceritakan tentang permainan bertahan hidup yang misteri dengan hadiah 45.6 juta won (Sekitar $40 Juta). Ratusan pemain yang kesempitan wang menerima undangan yang aneh untuk bertanding dalam permainan kanak-kanak. Hadiah yang lumayan menanti — dengan risiko yang tinggi.

Para peserta seramai 456 orang bersetuju untuk menyertai permainan tersebut setelah dipujuk rayu antaranya mereka boleh meninggalkan permainan serta membawa wang hadiah pulang asalkan mematuhi segala peraturan permainan. Namun, para peserta akhirnya menyedari apa yang harus mereka pertaruhkan untuk menjadi pemenang. Kekacauan serta kekecohan terjadi sebaik sahaja permainan dimulakan. Tidak dapat menolak atau mengakhirinya sendiri, para peserta akhirnya terperangkap dalam situasi hidup dan mati. Bagaimana mereka berakhir di tempat itu, dan siapa dalang sebenar di sebalik permainan ini?

Lee Jung Jae dan Park Hae Soo akan berperanan sebagai dua teman masa kecil yang akhirnya bergabung dalam permainan, setelah mengetahui pelbagai hadiah dipertaruhkan selain daripada berbentuk wang ringgit.

Ki-Hoo (Lee Jung-jae) dipecat dari pekerjaannya. Kehidupannya menjadi sengsara dan haru-biru. Namun setelah mendengar tentang permainan bertahan hidup yang menawarkan hadiah sebanyak 4.56 bilion won kepada pemenang membuatkan dirinya ingin menyertai permainan tersebut.

Sementara Sang-woo (Park Hae-soo), sudah dianggap seperti saudara sendiri bagi Ki-Hoo disebabkan mereka membesar bersama. Biarpun datang dari keluarga miskin, Sang-woo merupakan lulusan di universiti yang berprestij  dan mendapat pekerjaan yang baik.

Namun, sekarang dia mengalami kehidupan yang kritikal akibat penyelewengan dana syarikat. Oleh sebab itu,dia juga memutuskan untuk mengambil bahagian dalam permainan bertahan hidup rahsia dengan Ki-Hoo.

“Squid Game” akan menemui penonton diplatform Netflix pada 17 September depan.

7. Dali & Cocky Prince (KBS)

Drama “Dali & Cocky Prince” mengisahkan tentang Jin Moo-Hak (Kim Min-Jae), anak kedua keluarga yang mengendalikan syarikat francais restoran global, Dondon F&B. Syarikat ini bermula sebagai restoran gamjatang (rebus tulang khinzir). Dia tidak mempunyai pendidikan, tetapi memiliki kemampuan yang sangat baik untuk mengjana wang.

Sementara itu, Kim Dal-Ri (Park Gyu-Young) adalah penyelidik lawatan ke galeri seni Kröller-Müller dan kemudian menjadi pengarah Muzium Seni Chungsong. Dia adalah satu-satunya anak dari keluarga yang berprestij. Kim Dal-Ri dapat bertutur dalam 7 bahasa yang berbeza dan dia mempunyai keperibadian yang baik, tetapi dia tidak pandai menguruskan kerja rumah tangga dengan baik seperti memasak.

Jin Moo-Hak dan Kim Dal-Ri kebetulan bertemu tanpa mengetahui latar belakang satu sama lain dan perasaan antara mereka semakin berkembang dengan baik. Oleh kerana sebuah galeri seni yang hampir muflis, mereka bertemu kembali sebagai anak lelaki keluarga kaya yang tidak berpendidikan dan anak perempuan keluarga yang berprestij.

Drama komedi romantis ini turut dibarisi oleh Kwon Yul sebagai Tae Jin, seteru Moo Hak dan seorang pengarah syarikat yang baik dengan Dal Li, Hwang Hee sebagai Won Tak, seorang pegawai polis yang telah bersama Moo Hak sejak mereka masih muda dan Yeon Woo sebagai Chak Hee yang disukai ramai, seorang kurator yang dikaitkan dengan Moo Hak. Turut membantu adalah Woo Hee Jin, Ahn Kil Kang, Hwang Bo Ra, dan Ahn Se Ha.

“Dali and Cocky Prince” digarap oleh sutradara Lee Jung Sub, yang sebelumnya telah menghasilkan drama hit “Healer” dan “Angel’s Last Mission Love”. Manakala naskahnya ditulis oleh Son Eun-Hye dan Park Se-Eun. Drama ini akan bersiaran pada 22 September depan menerusi rangkaian KBS bagi mengisi slot drama Rabu dan Khamis. “Dali and Cocky Prince” juga akan tersedia untuk tontonan ramai menerusi platform Viu Malaysia.

8. Hometown (tvN)

Hometown merupakan drama dengan genre misteri, horor, dan thriller yang digarap oleh Park Hyun Suk, yang sebelumnya mengarahkan “Stranger 2” dan naskahnya ditulis oleh Joo Jin. Drama yang penuh ketegangan ini akan berpusat pada mencari kebenaran dari pita rakaman yang mengandungi rakaman pembunuh bersiri misteri dan suara yang tidak diketahui di sebuah bandar kecil.

Hometown terletak di sebuah bandar kecil di luar bandar pada tahun 1999 dan berpusat di sekitar seorang detektif polis bernama Choi Hyung In (dilakonkan oleh Yoo Jae Myung), yang sedang menyiasat pembunuhan luar biasa, dan Jo Jung Hyun (lakonan Han Ye Ri), yang mencari anak saudaranya yang hilang. Kedua-duanya terlibat dalam kejadian dengan pengganas bernama Jo Kyung Ho (lakonan Uhm Tae Goo).

Choi Hyung In, seorang detektif polis di bahagian jenayah ganas. 10 tahun sebelumnya, isterinya telah mati dalam serangan pengganas. Dia masih tidak dapat melupakan kematian isterinya dan dia merasa bersalah atas kematiannya. Suatu hari, dia menyiasat kes pembunuhan yang berlaku di sebuah bandar kecil. Dia mula mengesyaki bahawa kes pembunuhan itu ada kaitannya dengan pengganas, yang telah meragut nyawa isterinya.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, kakak Jo Jung Hyun mengambil bahagian dalam serangan pengganas. Selepas itu, kehidupan Jo Jung Hyun hancur. Dia kemudian dilabel sebagai anggota keluarga pengganas. Namun, Jo Jung Hyun dapat membina kembali hidupnya berkat semangat dari anak saudaranya, Jo Jae Young (lakonan Lee Re), yang merupakan anak perempuan kakaknya. Anak saudaranya tiba-tiba menghilang dan Jo Jung Hyun berjuang untuk mencarinya.

Jo Kyung Ho, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah melakukan serangan pengganas sembarangan. Pada tahun 1989, setelah tamat belajar di Jepun, dia kembali ke kampung halamannya dan melakukan serangan pengganas dengan melepaskan gas sarin (yang boleh membawa kepada kematian)  ke stesen kereta api. Dia kemudian menyerah dan dihukum penjara seumur hidup.

“Hometown” akan menemui penonton bermula 23 September, setiap Khamis dan Jumaat, 9.15 malam menerusi rangkaian tvN Asia Astro Ch395 dan Unifi Tv Ch211. Drama ini akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan selepas tayangan di TV menerusi On Demand dan Astro GO.

Drama ini juga akan tersedia diplatform IQIYI untuk tontonan ramai.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!  Apapun, please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing, Jangan keluar rumah kalau tiada keperluan and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness) #KitaJagaKita

loading...