Lee Byung Hun Akan Sertai dalam Penghasilan Filem Romantik Netflix dan Dalam Perbincangan Untuk Membintanginya

Lee Byung Hun akan mengambil bahagian dalam penerbitan filem romantik Amerika dan dalam masa yang sama, aktor itu juga akan mempertimbangkan untuk membintangi filem tersebut.

Pada 19 Julai, The Hollywood Reporter melaporkan Lee Byung Hun sedang menghasilkan dan membintangi sebuah filem Netflix baru berdasarkan novel romantik  karya penulis Korea, Maurene Goo ‘I Believe in a Thing Called Love’. Novel ini mengisahkan seorang senior sekolah menengah bernama Desi Lee yang obses dengan drama Korea sehingga mendorongnya untuk mencari cinta seperti yang ditonton dalam drama.

Lee Byung Hun juga dalam perbincangan untuk membawakan peranan sebagai bapa Desi Lee. Labelnya BH Entertainment mengesahkan, “Memang benar pelakon Lee Byung Hun ikut serta dalam menghasilkan filem tersebut. Dia juga sedang mempertimbangkan untuk tampil dalam filem berkenaan.”

Menurut The Hollywood Reporter, filem ‘I Believe in a Thing Called Love’ ini akan dihasilkan oleh Mary Lee dari syarikat produksi Amerika A-Major Media, Charles Pak dan Lee Byung Hun dari BH Entertainment, sementara Maurene Goo akan menjadi pengeluar eksekutif. Manakala Yulin Kuang, yang sebelumnya bekerja dengan Netflix dalam seri “The Healing Powers of Dude” akan menulis naskhah adaptasinya.

Lee Byung Hun dikenali di Amerika Syarikat setelah membawakan watak Storm Shadow untuk filem G.I. Joe: The Rise of Cobra (2009) dan sekuelnya G.I. Joe: Retalition (2013), dan membintangi Red 2 (2013) disamping  Bruce Willis. Dia juga membawakan watak sebagai T-1000 dalam Terminator Genisys (2015) dan Billy Rocks, dalam The Magnificent Seven (2016). Nampaknya kini, aktor hebat ini melangkah setapak lagi dengan menceburi bidang penghasilan filem pula.

Sumber : Naver | Hollywood Reporter

loading...