Kris Wu Dihimpit Dengan Tuduhan Serangan Seksual Gadis Di Bawah Umur

Isu Kris Wu yang terlibat didalam tuduhan serangan seksual terhadap gadis dibawah umur sebenarnya telah lama diperkatakan sejak dari akhir Mei tahun ini.

Pada awal Jun 2021, rakaman video Kris Wu keluar menonton wayang yang disewa khas dengan Chen Ziyi telah tersebar menguatkan lagi berita tersebut namum semuanya terhenti selepas kumpulan peguam Kris Wu campurtangan.


Tetapi sebulan selepas itu pada 9 Julai, isu yang sama berulang kembali dan kali ini seorang gadis bernama Du Meizhu menyatakan bahawa Kris Wu telah merogolnya ketika berusia 17 tahun. Untuk menutup rahsia tersebut, Kris Wu telah membayarnya sebanyak 500,000 Yuan.

Temubual eksklusif bersama Du Meizhu telah membongkar segala rahsia apabila dia menunjukkan segala bahan bukti berkenaan dengan aktiviti pemindahan wang di antara Kris Wu dan dirinya. Turut dipamerkan bersama adalah rantaian mesej yang telah mendapat 1.3 juta tontonan.

Pada 19 Julai, Kris Wu telah mengeluarkan kenyataan balasnya terhadap tuduhan tersebut, namun Du Meizhu bertindak dengan mendesak Kris Wu supaya tampil sebagai seorang lelaki dan mengaku segala kesalahannya. Menurut Du Meizhu, perkara ini bukan sahaja melibatkan dirinya malah ada ramai lagi mangsa terlibat tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut dengan tindakan Kris Wu apatah lagi kesemua mangsa masih lagi di bawah umur.

Selain itu, Du Meizhu yang kini berusia 19 tahun tidak gentar dan berpegang teguh dengan laporan polis serta kenyataan yang dikeluarkannya dan rela dipenjarakan sekiranya keputusan tidak berpihak kepadanya.

Bekas ahli SHH48; Zhang Dan San juga tampil menyatakan dirinya bernasib baik kerana hampir menjadi mangsa Kris Wu. Dia turut juga menunjukkan bukti pesanan ringkas dari Kris Wu yang bertanyakan sekiranya dia masih lagi gadis perawan, membuatkan Zhang Dan San menjadi takut apatah lagi dengan spekulasi berkenaan gosip Kris Wu ketika itu.  Dia juga menyeru kepada semua gadis supaya berhati-hati dan menasihatkan mangsa supaya tampil mendapatkan keadilan untuk diri sendiri.

Pada 20 Julai, beberapa jenama terkenal antarabangsa seperti Louis Vuitton, Bulgari dan Porsche telah membatalkan kontrak serta merta, manakala stesen CCTV pula bertindak memadam kesemua posting sejak Mei berkaitan dengan lagu baru Kris Wu. Jenama antarabangsa Lancôme’, yang telah tamat kontrak bersama Kris Wu pada Jun lepas juga mula memadamkan kesemua posting berkenaan dengan Kris Wu. Kesemua kontrak jenama tersebut bernilai jutaan yuan.

Walaupun ramai peminat yang pada mulanya berdiri teguh menyokong idol mereka, kini kelihatan mulai goyah dengan rentetan isu yang terbaru ini. Ramai juga mula menyokong tindakan berani Du Meizhu dan bersetuju sekiranya kesemua kebenaran dapat ditegakkan untuk mangsa yang teraniaya.

Dengan hashtag #such an unyielding women, sehingga kini telah mendapat sokongan hampir sejuta pengguna sosial media. Ramai juga menyarankan agar Kris Wu meninggalkan China dan kembali ke Kanada.

Sehingga setakat ini selepas kenyataan Kris Wu semalam, pasukan peguamnya masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan balas terhadap Du Meizhu.

loading...