“Master in the House” merelakan pemergiaan Shin Sung Rok dan Cha Eun Woo dari rancangan tersebut

 

Nampaknya, rancangan “Master in the House” akan kehilangan Shin Sun Rok dan Cha Eun Woo.

Pada 10 Jun, produksi rancangan tersebut telah berkongsi kenyataan seperti berikut:

Helo, ini adalah pasukan produksi rancangan SBS “Master in the House” .

Shin Sung Rok dan Cha Eun Woo yang telah bersama-sama kami disaat gembira dan sedih akan meninggalkan “Master in the House” selepas siaran pada 20 Jun.

Selepas perbincangan yang dari hati ke hati, pasukan produksi memutuskan untuk menghormati keputusan kedua-dua mereka ini yang ingin lebih fokus pada kerjaya utama mereka.

Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Shin Sung Rok dan Cha Eun Woo yang selalu buat kami tertawa di “Master in the House.”

Bagaimanapun, kami akan terus menyokong mereka.

“Master in the House” adalah rancangan variety atau rancangan sukaramai di mana para anggota rancangan menghabiskan malam mereka di rumah-rumah “master” dalam berbagai bidang serta belajar tentang kehidupan dari perspektif mereka.

“Master in the House” boleh ditonton menerusi rangkaian Astro ONE TV Asia Ch 393 setiap hari Isnin jam 11 malam. Ia juga boleh ditonton menerusi Astro Go. Kami ucapkan selamat maju jaya buat Shin Sung Rok dan Cha Eun Woo.

Sumber : edaily

loading...