NCT Dream bakal gegarkan Malaysia untuk persembahan langsung bersama Lazada?

May be an image of 2 people

NCT Dream disebut-sebut bakal menyertai konsert jelajah bersama Lazada, ‘Lazada Super Party’ yang akan disiarkan di TV3 menjelang 26 Mac 2021 ini jam 9.00 malam.

Walaupun Lazada belum mengesahkan lagi penglibatan mereka, namun pendedahan netizen ke atas gambar tekaan itu kemudian menjurus kepada kumpulan subunit tersohor itu berdasarkan keratan gambar yang saling dipadankan antara satu sama lain.  NCT Dream dibarisi oleh tujuh orang anggota asal NCT iaitu Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle, dan Jisung.

Kehadiran NCT Dream ke Malaysia walaupun hanyalah sekadar rakaman secara langsung di kaca tv, tetap jua membawa khabar yang gembira buat peminat kpop di sini sejak kali terakhir kumpulan itu menjejakkan kaki menerusi persembahan konsert Hallyu-Jamm anjuran KL Jamm pada 27 April 2019 lalu.

Turut menyertai konsert Lazada ini nanti ialah penyanyi antarabangsa terkenal, Katy Perry.

Sumber: Lazada

loading...