Berikutan pendedahan eksklusif daripada MBC Newsdesk pada 12 Mac 2021, SM Ent. dalam beberapa jam kemudian mengeluarkan kenyataan
“Memang Yunho salah kerana mengabaikan arahan penjarakkan sosial, tetapi dia tak boleh kesalahan lain selain daripada itu. Apa yang Yunho lakukan ialah dia pergi jumpa kawan dia ke lokasi dimaksudkan kerana mahu berborak. Itu pun kali pertama dia ke situ. Malah, orang yang dia jumpa pun kesemuanya kawan-kawannya, bukannya ada pelayan perempuan duduk sekali dengan mereka. Ketika polis serbu, hanya pengurus yang menyelesaikan bayaran dan tiada langsung pasal pelayan perempuan itu,” kata jurucakap agensi SM Ent. yang cuba menceritakan apa yang berlaku pada malam kejadian.
Dalam kenyataan yang sama, SM Ent. turut menyangkal dakwaan bahawa Yunho cuba cabut lari daripada disiasat oleh pihak polis. “Yunho tak lari ketika polis sampai. Sebaliknya dia cuba bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa untuk melaksanakan tugas mereka. Setelah polis mengesahkan identitinya, Yunho telah dihantar pulang ke rumahnya. Disebabkan ada 10 orang polis memakai baju seragam, maka kawan-kawan Yunho ada yang cuba protes, seterusnya terjadilah kisah pergelutan berkenaan. Namun, ia tak berkaitan dengan Yunho sekali,” jelas SM Ent. lagi.
Terdahulu, Yunho TVXQ kini sedang disiasat di atas perbuatannya melanggar arahan penjarakkan sosial Covid-19 setelah memilih untuk tinggal di premis hiburan melebihi tempoh masa yang dibenarkan yakni sehingga jam 10 malam.
Penyanyi dan pelakon berusia 35 tahun itu dilaporkan sebelum ini tetap berada di premis hiburan berkenaan yang bertempat di Gangnam pada Februari 2021 lalu sehingga jam tengah malam bersama-sama dengan tiga kenalan rapatnya. Susulan pendedahan berikut, Yunho membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sumber: fnnews