Celebrity IU, lagu Kpop paling diminati oleh rakyat Malaysia sepanjang Feb 2021

May be an image of 1 person and text

Celebrity oleh IU, diangkat sebagai lagu Kpop paling digemari rakyat Malaysia sepanjang bulan Feb 2021 lalu.

Menurut kaji selidik yang dibuat menerusi Kmania TOP Stars Feb2021, Celebrity oleh IU berjaya memperolehi undian sebanyak 45.9% jauh di hadapan mengatasi Paranoia oleh Kang Daniel (16.6%), Don’t Call Me oleh SHINEE (14.4%), Way Home oleh TXT (11%) dan Bicycle oleh Chungha (5.5%) yang masing-masing sekadar selesa di tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Single ‘Celebrity’ telah pun melakarkan kejayaan berterusan di dalam carta muzik harian dan mingguan di Korea, yakni kejayaan mencipta kesempurnaan (“perfect-all-kill”) di Melon, Genie, Bugs dan sewaktu dengannya selain meraih no.1 di dalam carta mingguan digital Gaon untuk empat minggu berturut-turut. Setakat ini, Celebrity telah merekodkan kesempurnaan (“perfect-all-kill”) melebihi 400 kali di carta-carta muzik harian Korea, meletakkannya hanya di belakang Dynamite  BTS saja yang mana telah merekodkan 610 kali kesempurnaan.

Celebrity menyusuli Eight gandingan bersama Suga BTS dan Blueming yang dikeluarkan sebelum album studio kelima yang belum diberikan judul itu menjelma tak lama lagi.

Sumber: Kmania

loading...