SM Entertainment nafi Girls Generation (SNSD) akan buat “comeback” dalam masa terdekat

May be an image of 8 people

SM Entertainment membuat pendirian berhubung khabar angin yang mengatakan Girls Generation atau SNSD akan membuat “comeback” tak lama lagi.

“Tidak, kami belum putuskan apa-apa,” kata jurucakap agensi tersebut. Dilaporkan sebelum ini bahawa sebilangan ahli-ahli SNSD dilihat sedang berinteraksi sesama mereka bagi membincang kemungkinan untuk menghidupkan kembali aktiviti mereka. Mereka sedang merombak jadual di antara bulan Mei dan Jun bagi membuat kemunculan khas di dalam program tv.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa ahli SNSD sudah menamatkan kontrak bersama SM Entertainment, maka perancangan untuk dipertemukan untuk aktiviti bersama agak terbantut berikutan jadual yang berbeza di antara satu sama lain. Contohnya, Seolhyun, Tiffany dan Soyoung yang sudah pun meninggalkan SM Entertainment bagi menumpukan karier solo mereka.

Kali terakhir SNSD mengeluarkan album adalah pada Ogos 2017 menerusi ‘Holiday Night’.

Sumber: newsen

loading...