Rikimaru & Santa, bekas penari latar dari SM Entertainment ini undang teriakan netizen China selepas beraksi di pentas ‘Chuang2021’

May be an image of 3 people

Duo kelahiran Jepun, Rikimaru dan Santa ini telah menambat hati peminat cpop di China dengan tarian mereka yang mengasyikkan sempena pembukaan episod pertama ‘Chuang2021’ semalam.

Tarian yang dipersembahkan oleh duo tersebut telah menerima pujian daripada penonton yang rata-ratanya mengakui ukuran yang diletakkan mereka agak tinggi berbanding tahap persembahan dikemukakan oleh peserta-perseta lain. “Mereka selayaknya jadi mentor, bukan peserta,” tulis netizen itu.

‘Chuang2021’ ialah sebuah rancangan realiti tv terbitan Tencent China yang mempamerkan aksi daripada berbagai-bagai peserta berbilang negara dan latar belakang seterusnya disatukan dalam satu kumpulan pop untuk pasaran mandopop.

Rikimaru dan Santa, merupakan ahli kumpulan cpop WARP hasil gabungan dua negara China dan Jepun yang baru saja debut dengan lagu ‘Cloud 9’ pada 24 Disember 2020 lalu. Rikimura pernah menjadi koreografer untuk penyanyi kpop seperti BoA dan NCT manakala Santa pula ialah juara 3 kali Pertandingan ‘Street Dance’. Kedua-duanya juga pernah menjadi penari latar kepada Taemin SHINEE / Super M di bawah SM Entertainment.

Sumber: weibo

loading...