Dari empat negara menjadi satu, TRI.BE ini mahu kuasai dunia dengan jadikan Blackpink sebagai ‘role model’

May be an image of 7 people and people standing

Kumpulan ‘rookie’ terbaru, TRI.BE yang bakal ‘debut’ pada hari ini menyatakan komitmen mereka untuk menguasai dunia kpop dengan menjadikan Blackpink sebagai contoh.

TRI.BE dianggotai oleh 7 orang iaitu Song Sun (Kim Song Sun), Jin Ha (Kim Jin Ha), Hyun Bin (Kim Hyun Bin), dan So Eun (Bang So Eun) yang berasal dari Korea, Kelly (Kelly Lin) yang berasal dari Taiwan, Jia (Guo Jiajia) berasal dari tanah besar China serta (Mire Sumire) berasal dari Jepun. Ketujuh-tujuh orang yang merupakan anak didik EXID dan Universal Music ini bakal memacu tenaga dengan album mini single berjudul ‘Tri.BE da Loca’ yang dikeluarkan pada hari ini.

Dari kiri: Hyunbin, Kelly dan Jinha

“Impian untuk menyaksikan momen ini tercapai selepas berlatih sejak sekian lama, saya betul-betul teruja. Sepupu saya ialah Kwon Yuri (SNSD). Bila perhatikan kejayaannya, saya begitu kagum dan cuba untuk lakukan dengan sempurna. Oleh itu, saya berlatih dengan kerap dan bekerja kuat, ” kata Song Sun yang bertindak ketua kumpulan TRI.BE dan sudah pun menjadi pelatih selama 9 tahun.

Dari kiri: Mire, Seoun, Songsun dan Jia

Judul album debut pertama mereka ini dipetik daripada perkataan Latin, ‘la vida loca’ digabungkan kepada nama kumpulan itu yang membawa maksud ‘Hidup dengan penuh minat terhadap Tri.BE’. Slogannya lebih kurang berbunyi, “Walaupun diriku seperti anjing, aku tidakkan gentar di hadapan orang ramai dan akan menjadi diriku sendiri,” bertepatan dengan makna lagu di sebalik single pertama keluaran mereka berjudul, “Doom Doom TA”. “Doom Doom TA” mendapat khidmat komposer Sinsadong Tiger dengan sokongan tiga ahli Solji, LE, dan Hani EXID selaku penulis bersama.

“Objektif kami untuk dapat no.1 di dalam ‘music show’. Kami jadikan Blackpink sebagai contoh. Kami mahu mengadaptasikan kesempurnaan mereka di dalam setiap konsep dengan persembahan yang cemerlang,” kata Hyunbin TRI.BE yang jelas berkeinginan untuk menguasai dunia kpop.

Lagu ‘Doom Doom TA’ dan album debut mereka bakal menemui pasaran bermula jam 5 petang waktu Malaysia pada 17 Feb 2021 hari ini.

Sumber: spottvnews

loading...