Selepas diejek beramai-ramai kerana cuba berbuat baik, kali ini Woonggi TOO dituduh pula membuli kawan sekolahnya

May be an image of 2 people

Woonggi TOO dituduh membuli rakan sekolahnya di dalam satu kenyataan dibuat oleh seseorang di laman komuniti forum selepas pendedahan kelakuan baiknya semalam mendapat pujian merata daripada netizen.

Dalam hantaran yang disertakan tanpa bukti kukuh bertujuan untuk memalukan Woonggi TOO, tukang adu tersebut mendakwa Woonggi TOO membantu rakan-rakan lain membuli seseorang.

Agensi Woonggi TOO, Stone Music Ent., bertindak menyangkal dakwaan tidak berasas daripada netizen tersebut. “Kami mengesahkan dengan Woonggi sendiri, pihak terbabit dan pihak sekolah bahawa memang ada yang tidak berpuas hati dengan Woonggi ketika mereka sama-sama belajar di sekolah. Tetapi dakwaan dia menggunakan kekerasan untuk membuli seseorang itu tidak berasas langsung. Kami akan bertindak tegas untuk menyaman jika tohmahan itu tetap berterusan,” kata jurucakap agensi itu.

Semalam, perbuatan Woonggi cuba menasihati rakan-rakan sekolah agar mematuhi penjarakkan sosial mendapat pujian netizen. Woonggi yang diminta mengulas mengenainya lantas berkata, “Saya tak sangka pun cerita itu boleh tertular. Saya sudah cuba suarakan perkara yang ternyata salah di dalam ‘chat room’ itu,” katanya.

Sumber: newsis, hankyung

loading...