Adegan Jeong Yunho cuba menyambut dakapan Choi San tertular di laman sosial twitter pada pagi tadi serentak dengan pengumuman agensi mereka mengenai foto berkonsep album terbaru ATEEZ.
san vs yunho@ATEEZofficial #SAN #산 pic.twitter.com/u1UnvITegi
— wsh.mp4 (@wsharchive) February 9, 2021
san vs jongho@ATEEZofficial #SAN #산 pic.twitter.com/NISIEg6RXe
— wsh.mp4 (@wsharchive) February 9, 2021
Ketika sedang bermain bola tampar di kolam renang, difahamkan kumpulan yang diketuai oleh San memenangi perlawanan itu. Yunho dan San diminta untuk acah-acah melakonkan lakonan mereka di dalam drama KBS Imitation yang bakal bersiaran tak lama lagi. San cuba mengucup Yunho sebelum rebah di pangkuannya. Akibatnya, aksi spontan mereka itu mendapat reaksi menggunung daripada para peminat ATINY yang rata-rata terkesima dengan cara Yunho melayan pelukan daripada San dan juga Hongjoong.
Keempat-empat ahli ATEEZ iaitu Yunho, Seong Hwa dan San dijangka akan membawa watak ahli kumpulan kpop Sparkling di dalam drama KBS Imitation itu manakala Jongho bakal membawakan watak ahli kumpulan kpop Shax bersama dengan Chani SF9, Hwiyoung SF9 dan Lee Junyoung U-Kiss.
Walaupun Mingi tidak dapat menyertai ‘comeback’ terbaru daripada ATEEZ, ATEEZ tetap akan mengeluarkan album EP kelima mereka selepas ‘Zero : Fever Part 1’. ATEEZ juga dijangka akan membuat kemunculan di dalam Mnet Kingdom bermula April depan.
Sumber: N/A