KQ Entertainment mengemaskini keadaan kesihatan terkini anak buahnya, Mingi daripada kumpulan ATEEZ.
Susulan keputusan untuk merehatkan Mingi serta-merta selepas Mingi mengadu sakit kecelaruan keresahan, KQ Entertainment ditanya pula tentang samada Mingi akan terlibat secara langsung di dalam pembikinan album terbaru ATEEZ yang dijadualkan pelancarannya pada 1 Mac 2021 ini. Ini jawapan agensi itu berhubung dengannya.
“Mingi telah menggantungkan tugasnya sejak November lalu untuk memfokuskan kepada rawatan kaunseling dan sedang berehat sejak daripada itu. Sejak menjalani rawatan, keadaan psikologinya juga bertambah stabil. Hasil berbincang dengan Mingi, ibu dan ayahnya dan kaunselor sebelum ‘comeback’ ATEEZ ini, kami memutuskan Mingi sepatutnya menyambungkan rawatan tersebut kerana dikhuatiri keadaan Mingi yang tidak stabil bukan saja boleh ‘mengganggu’nya, malah kesemua ahli ATEEZ yang lain. Fahamkan ATEEZ akan buat comeback dengan 7 orang ahli saja,” kata jurucakap agensi itu.
Bagaimanapun, bagi tidak menghampakan peminat ATINY, album tersebut mengandungi suara Mingi walaupun dipromosikan dalam bentuk 7 orang ahli.
Album yang menggunakan kata kunci ‘From The New World’ ini merupakan album EP kelima mereka selepas ‘Zero : Fever Part 1’. ATEEZ dijangka akan membuat kemunculan di dalam Mnet Kingdom bermula April depan.
Sumber: N/A