Lee daehwi AB6IX dan Han Hyun Min akan berhenti menjadi hos program muzik terkemuka, M Countdown selepas selama 1 tahun 10 bulan digandingkan bersama.
Kepergian mereka itu berkait dengan perancangan kedua-duanya untuk melakukan aktiviti lain pula sejurus selepas itu. Mereka yang sebaya umurnya ini, mula menjadi hos M Countdown sejak dipertemukan pertama kali pada 4 April 2019 dan seringkali dipuji di atas kimia ditunjukkan selain kemahiran pengacaraan ditonjolkan.
AB6IX kini sedang mempromosikan album mini ketiga mereka, ‘Salute: A New Hope’ pada 18 Jan 2021 manakala Han Hyun Min, model kacukan Korea dan Afrika Amerika ini, pula dikenali sebagai antara model berpengaruh di seluruh Asia oleh majalah TIME dan Forbes.
Sementara itu, M Countdown disiarkan setiap hari Khamis jam 5 petang dan difahamkan hari ini merupakan penampilan terakhir buat kedua-duanya.
Sumber: hankyung