Pada semalam, 9 Disember telah berlangsung Anugerah SBS Entertainment 2020 (2020 SBS Entertainment Awards). Anugerah ini diadakan bagi meraikan bintang rancangan variati SBS dan program mereka. Majlis tahun ini dihoskan oleh Lee Seung Gi, Shin Dong Yup, dan Cha Eun Woo (ASTRO). Bagaimanapun, ekoran pandemik COVID-19 yang masih lagi aktif, anugerah ini dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan tiada lagi kemeriahan dipermaidani merah, perlu sentiasa memakai pelitup muka dikawasan umum, perlu jaga jarak antara satu sama lain.
Anugerah Daesang kali ini menjadi milik Kim Jong Kook yang merupakan anggota tetap rancangan kegemaran ramai, “Running Man” dan juga rancangan “My Ugly Duckling” . Untuk makluman, rancangan “Running Man” telah menyambut ulangtahun ke 10 nya pada tahun ini dan “My Ugly Duckling” pula sebuah rancangan yang di mana Kim Jong Kook membicarakan tentang kehidupan secara sihatnya, pandangan mengenai cinta serta perkahwinan. Anugerah ini merupakan Daesang pertama Kim Jong Kook di Entertainment Awards, biarpun dia telah memenangi beberapa kali sebagai seorang penyanyi.
Dalam ucapannya Kim Jong Kook berkata, “Semasa memenangi Daesang sebagai penyanyi, saya menerima anugerah dengan begitu tenang dan kemudian menyesal kerana tidak betul-betul menikmatinya. Anugerah ini begitu bermakna bagi saya. Pada awalnya, saya menyertai rancangan variati untuk mempromosikan kerjaya sebagai penyanyi. Namun kini saya rasakan ianya telah sebati dengan kehidupan saya. Saya dedikasikan anugerah ini untuk semua anggota “Running Man” yang telah bekerja keras selama ini. Juga tidak lupa kepada rakan-rakan “My Ugly Duckling”. Saya terkejut, menerusi rancangan itu, keluarga kami dikenali ramai. Apapun, terima kasih semua. Saya akan bekerja dengan lebih keras selepas ini.”
Baiklah, berikut adalah senarai penuh pemenang 2020 SBS Entertainment Awards:
Grand Award (Daesang):
Kim Jong Kook (Running Man, My Ugly Duckling)
Producers’ Award:
Yang Se Hyung (Master in the House, Delicious Rendezvous)
Top Excellence Award (Show/Variety):
HaHa (Running Man)
Jang Yoon Jung (K-Trot in Town)
Top Excellence Award (Reality):
Kim Heechul (Delicious Rendezvous, My Ugly Duckling)
Lee Sang Min (My Ugly Duckling)
Top Excellence in Programming Award
My Ugly Duckling
Excellence Award (Reality):
Jung In Sun (Baek Jong Won’s Alley Restaurant)
Kim Kwang Gyu (Burning Youth)
Excellence Award (Show/Variety):
Kim Dong Hyun (Master in the House, Telegna)
Jang Do Yeon (Telegna, 2020 Tail)
Excellence in Programming Award:
Delicious Rendezvous
K-Trot in Town
Hot Star Award (OTT):
Lee Seung Gi (Master in the House)
Park Na Rae and Jang Do Yeon (PJ Date Consulting)
Special Legend Award:
Lee Sung Mi and Lee Kyung Shil (Truth Game)
Lee Bong Won and Choi Yang Rak (Good Friends)
Im Sung Hoon (Capture the Moment How Is That Possible)
Choi Hwa Jung (Choi Hwa Jung’s Power Time)
Lee Hong Ryul (Lee Hong Ryul Show)
Golden Content Award:
Running Man
Law of the Jungle
Best Couple:
Im Won Hee and Jung Suk Yong (My Ugly Duckling)
Best Entertainer:
Shin Sung Rok (Master in the House)
Park Sun Young (Burning Youth)
Best Teamwork:
Same Bed Different Dreams 2 – You Are My Destiny
SBS Honorary Employee Award:
Seo Jang Hoon (My Ugly Duckling, Handsome Tigers, Same Bed Different Dreams 2)
Public Interest Variety Award:
Kim Sung Joo (Baek Jong Won’s Alley Restaurant)
Scene Stealer Award:
Tak Jae Hoon (My Ugly Duckling)
Screenwriter Award (Variety):
Yook So Young (My Ugly Duckling, K-Trot in Town)
Hwang Bo Kyung (Baek Jong Won’s Alley Restaurant, Delicious Rendezvous)
Lee Hae Yeon (“2020 Tail”)
Radio DJ Award:
Kim Chang Wan (This Beautiful Morning)
Rookie Radio Award:
Heo Ji Woong (Heo Ji Woong Show)
Rookie Award:
Cha Eun Woo (Master in the House)
Jessi (Showterview with Jessi)
Oh Min Seok (My Ugly Duckling)