Menyaksikan BTS tercalon Grammy Awards buat kali pertama, Taehyung sebenarnya terkedu sampai tak berkata-kata

Taehyung mendedahkan kenapa dia tidak memberikan reaksi gembira seperti mana rakan-rakan BTS lain lakukan ketika menyaksikan nama BTS tersenarai dalam salah satu kategori di dalam Grammy Awards.

Di dalam temubual bersama The Late Show With James Corden, Taehyung ditanya sebelum memberikan jawapannya. “Lubang hidung aku sudah jelaskan apa aku yang rasakan. Reaksi kita agak berbeza antara rakan-rakan BTS. Aku pula sampai tak percaya,” katanya dengan nada berseloroh.

Namjoon menambah, “Taehyung sebenarnya terkedu sampai tak berkata-kata.”

JHope kemudiannya menyampuk dia terlelap pada malam kejadian sebelum menangis girang keesokan harinya sebaik saja diberitahu berita gembira itu.

Ditanya lagi tentang kandungan mesej yang harap dapat disampaikan kepada peminat menerusi album terbaru mereka, BE, Jimin berkata, “Apabila kalian mendengar album ini, kalian akan tahu macammana kami dapat jalani hidup ketika harungi pandemik ini.” Namjoon kemudiannya mencelah, “Album ini mengandungi apa yang kami fikirkan beberapa bulan lalu dan diterjemahkannya ke dalam muzik.”

Akhir sekali, ketidakhadiran Suga menjadi tanda tanya buat James Corden tentang apa reaksinya ketika dimaklumkan berita gembira tersebut. “Suga mesej kami bagitahu kenapa dia boleh sampai tertidur. Dia tertinggal momen penting itu sampai menangis,” kata Jimin dan Namjoon menjelaskan reaksi Suga ketika itu.

BTS secara rasmi tercalon di dalam kategori ‘Best Pop Duo/Group Performance’ bersaing dengan “Un Dia (One Day)” oleh J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny dan Tainy, “Intentions” oleh Justin Bieber Feat Quavo, “Rain On Me” oleh Lady Gaga dan Ariana Grande, serta “Exile” oleh Taylor Swift Feat Bon Iver di dalam kategori yang sama. Untuk mempelbagaikan variasi persembahan mereka, BTS menghantar persembahan versi ‘Life Goes On’ dan ‘Dynamite’ berlainan yang dirakamkan terlebih dahulu, khasnya untuk penonton The Late Show With James Corden.

Sumber: N/A

loading...