Yoon Ji Sung Wanna One selesai jalani ‘military service’ Disember 2020 depan

Yoon Ji Sung akan menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada 13 Disember 2020.

Jurucakap LM Entertainment dilaporkan berkata, “Yoon Ji Sung sedang menghabiskan cuti-cuti akhir ketika masih lagi berkhidmat. Kami ingin sampaikan penghargaan kepada peminat yang telah menunggunya sejak sekian lama sehingga Yoo Ji Sung kembali menyelesaikan tuntutan kewajipannya.”

Yoon Ji Sung merupakan bekas ahli Wanna One, dan juga ahli Wanna One yang pertama menyertai latihan ketenteraan sejak 14 Mac 2019 dengan menganggotai barisan kugiran tentera.

Sumber: sportsworldi

loading...