Tiada persembahan khas dari Wanna One untuk MAMA2020 nanti, dedah Mnet

Wanna One tidak akan membuat persembahan khas ketika MAMA2020 berlangsung nanti.

“Setelah berunding dengan agensi-agensi terbabit, kami tak jadi untuk meneruskan perancangan bagi menyaksikan Wanna One beraksi rama-ramai di atas pentas MAMA2020,” kata jurucakap wakil Mnet tadi.

Setelah Wanna One terbubar pada Jan 2019, kesemua sebelas orang ahli kini sedang sibuk dengan aktiviti seni mereka masing-masing.

Kim Jae Wan, Park Ji Hoon dan Ha Sung Woon lebih selesa bergerak secara solo walaupun Ha Sung Woon masih aktif sebagai ahli HOTSHOT manakala Lee Dae-hwi dan Park Woo-jin pula merupakan ahli kumpulan popular, AB6IX yang baru menongkah populariti. Enam lagi ahli Wanna One termasuklah Kang Daniel, Lai Kuan Lin dan Ong Seung Wu yang lebih selesa bergerak secara solo manakala Hwang Minhyun dan Bae Jin Young pula masing-masing bersama NUEST dan CIX. Ahli yang terakhir, Yoon Ji Sung pula akan menyelesaikan latihan ketenteraan pada Disember 2020 ini.

MAMA2020 akan diadakan pada 6 Disember 2020 depan.

Sumber: Edaily

loading...