Choi Sung Won ‘Reply 1988’ dalam keadaan kritikal, rayu bantuan darah dengan kadar segera!

Choi Sung Won kembali mengalami penyakit leukemia setelah menjalani proses rawatan rawatan selama 4 tahun.

Rakan terdekatnya, pelakon Joo Min Jin memuatnaik status di laman instagram-nya memohon bantuan darah ke atas Choi Sung Won bagi mengubati penyakit leukemianya.

“Aku meminta maaf kerana sekarang ini Covid-19 masih berleluasa.Kawan aku sangat-sangat memerlukan bantuan darah platelet dan pemindahan darah AB+ dengan kadar segera,” kata Joo Min Jin tanpa mendedahkan nama kawannya itu. Namun, netizen dapat mengagak rakan yang dimaksudkan ialah Choi Sung Won.

Bekas agensi Zen Stars diminta untuk mengulas sambil berkata, “Kontrak kami dengan Choi Sung Won telah lama ditamatkan sejak awal tahun lagi. Kami cuba hubungi Choi Sung Won dan keluarganya, tapi tak berhasil dan kami tak tahu apa terjadi padanya selepas itu.”

Kali terakhir Choi Sung Won melibatkan diri dalam kerjaya seni adalah menerusi teater muzikal ‘Chami’ yang berakhir pada Julai 2020 lalu. Namun, sumber memaklumkan bahawa Choi Sung Won terpaksa meninggalkan produksi lebih awal kerana keadaan kesihatannya yang mengizinkan.

Choi Sung Won dikenali di atas lakonannya sebagai adik kepada Duk Son, yang dilakonkan oleh Hyeri di dalam Reply 1988. Kali terakhir beliau membuat kemunculan dalam drama adalah menerusi tvN Psychopatch Diary pada tahun 2019 dan sebagai ‘cameo’ di dalam jtbc Chocolate pada tahun 2020. Sebelum ini, beliau membuat pengumuman sedang menghidapi penyakit akut leukemia ketika menjalani penggambaran drama jtbc Secret Healer pada tahun 2016, dan menunjukkan tanda-tanda positif beliau akan sembuh daripadanya ketika itu.

Sumber: IS Plus

loading...