Nenek yang sakit ini punya gembira apabila dihadiahkan gambar Hyunjin Stray Kids oleh cucunya

Kehadiran Stray Kids sememangnya menjadi pendukung motivasi buat seorang nenek ini untuk terus hidup, dakwa cucunya, A di dalam satu hantaran dibuat di laman twitter.

“Inilah ‘Lola’ saya, dia mengalami penyakit Parkinson (lazimnya, penghidap akan mengalami getaran pada tubuh badannya). Saya tidak sempat nak menjaganya kerana berada jauh 1,489.2 km daripadanya. Saya kini balik ke kampung untuk menemui dan menjaganya,” kata A merujuk kepada neneknya yang berada di Filipina.

“Nenek tahu mengenai Stray Kids selepas saya asyik menstrimkan MV God’s Menu dan juga video 00 Psycho (merujuk kepada persembahan ‘cover’ Psycho nyanyian Hyunjin Stray Kids bersama rakan-rakan idol lain yang sebaya dengannya). Nenek tanya bila Hyunjin nak ke mari kerana Hyunjin sajalah yang boleh sembuhkan penyakitnya,” tambahnya lagi.

Pada mulanya, A gusar samada neneknya akan gembira atau penyakitnya akan bertambah teruk sekiranya dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sesuatu kepadanya. Tujuannya adalah untuk memastikan neneknya tidak lagi monyok dan dapat bangkit semula.

” ‘” buds akin pag si hyunjin ha? ” Saya terkejut dan tertanya-tanya kenapa. Gembira bila lihat dia tersenyum kerana Hyunjin (Stray Kids). Dia pun suka pada Changbin kerana kemahirannya di atas pentas. HAHAHA sebab itulah saya begitu terharu kerana Stray Kidslah yang telah membuatnya gembira.”

Sumber: twitter

loading...