BTS kembali menerajui semula single terlaris minggu ini menerusi Dynamite setelah meraih no.1 di dalam carta digital Gaon.
BTS menundukkan penyandang dua kali berturut-turut no.1, Refund Sisters menjadikan single “Dynamite” menjuarai carta berkenaan selama 8 minggu secara keseluruhan. “Dynamite” pernah dinobatkan sebagai juara carta itu selama 7 minggu berturut-turut sebelum ditundukkan oleh “Dont Touch Me” oleh Refund Sisters kemudian. Dengan kejuaraan sebanyak 8 minggu di dalam carta digital Gaon, BTS dinobatkan sebagai artis Kpop pertama berjaya berbuat demikian mengatasi “Any Song” oleh Zico (7 minggu), “Love Scenario” oleh iKON (6 minggu) , “Good Day” oleh IU (5 minggu), “Gangnam Style” oleh PSY (5 minggu), “Beach Again” oleh SSAK3 (5 minggu).
Kendatipun begitu, BTS belum dapat memecahkan dominasi rekod no.1 terbanyak yang masih disandang oleh IU samada jumlah single tersenarai (24 lagu) mahupun bilangan perolehan minggu yang dicapai (46 minggu). BTS pula masing-masing mempunyai 7 lagu yang berjaya tersenarai no.1 dan 16 minggu perolehan yang berjaya dicapai.
.Sementara itu, “Dynamite” juga menyandang juara carta penstriman Gaon pada minggu ini mengatasi pencabar terdekatnya, Refund Sisters.
“Dynamite” menjadi single berbahasa Inggeris pertama yang menguasai keempat-empat carta digital, downlod, penstriman dan BGM Gaon sejak dilancarkan. Malah, penangan “Dynamite” yang turut menjuarai carta Billboard Hot 100 buat pertama kali untuk mana-mana artis kelahiran Korea, tampaknya menjadi tumpuan dan kegemaran pendengar sementara menunggu album terbaru, BE yang keluar menjelang 20 November 2020 ini.
Sumber: newsen