Arashi percaya Johnny pembuka jalan kepada Kpop untuk dikenali di serantau dunia

Arashi, bukan calang-calang sekadar kumpulan Jpop biasa, malah turut didambai oleh sebilangan besar peminat di serata Asia termasuklah di Malaysia sejak 2000-an lagi.

Di negaranya Jepun pula, Arashi dinobatkan kumpulan pop terlaris sepanjang zaman, malah jauh mengatasi pencapaian beberapa kumpulan kpop seperti BTS, Seventeen, TWICE dan Tohoshinki (TVXQ) yang pernah menapak di sana. Album “5×20 All the Best!! 1999–2019” diiktiraf sebagai album paling laris di dunia pada tahun 2019 dengan jualan yang diraih adalah sebanyak 3.3 juta unit, yakni sejumlah besar datangnya daripada negara mereka sendiri.

Berikutan pencapaian hebat Arashi di negaranya, Jun Matsumoto sempat memuji perancangan yang dibuat oleh pengasas Johnny Entertainment telah pun membuahkan hasil. Walaupun Johnny Kitagawa yang baru meninggal dunia pada musim panas lalu berhadapan dengan berbagai-bagai dakwaan seksual di mahkamah, namun legasinya tetap dihormati oleh peminat muzik pop di Jepun.

“Apa yang kamu nampak sekarang, kumpulan pop yang bukan Jepun punya sudah mula menampakkan akarnya bermula daripada hasil titik peluh Johnny lakukan pada tahun 1960-an. Saya tak rasa ia sebagai semangat berpuak-puak, tetapi bangga apabila mendapati segala perancangan yang Johnny lakukan beberapa dekad lalu sudah bercambah dan melepasi sempadan. Jika bukan dilakukan oleh Johnny sekalipun, legasinya tetap bersemadi seperti sekarang. Kamu dapat lihat bunga-bunga sudah mula menunjukkan akarnya ke dalam budaya dan negara orang lain,” ujar Jun Matsumoto.

Lantaran pendapat yang diluahkan oleh Jun Matsumoto itu, segelintir netizen di Korea pula berasa tidak selesa dengannya. Mereka lebih mempercayai perancangan yang dilakukan oleh Bang Shi Yuk lebih ke hadapan di dalam soal ini kerana Big Hit bukan saja membuatkan BTS lebih digilai di Asia termasuk Jepun, malah di Amerika Syarikat jua.

Di dalam temuduga bersama Variety itu juga, Jun Matsumoto sempat berseloroh bahawa dia selalu mendengar lagu “Dynamite” berulang-ulang kali,  namun turut mengakui lagu duet Arashi bersama Bruno Mars, “Whenever You call” pula tidak seindah dengan apa yang dicapai oleh “Dynamite” apabila gagal untuk melepasi carta Billboard Hot 100.

Sumber: Variety, segye

loading...