Padah berperangai kekwat, Irene Red Velvet diheret lagi dakwaan pernah mengasari penggaya rambut tika dahulu

Image may contain: 1 person, closeup

Beberapa krew belakang tadbir termasuklah penggaya rambut tampil menceritakan pengalaman mereka bekerja bersama Irene Red Velvet. Ia rentetan daripada pendedahan Kang Kook Hwa, seorang editor majalah tersohor yang mendakwa ada segelintir selebriti telah bersikap biadap sehingga mengeluarkan kata-kata cacian terhadapnya.

Penggaya rambut A mendakwa kali pertama dia bersemuka dengan Irene, Irene pernah menolak dahi seorang penggaya rambut dengan jarinya sambil berkata, “Perlukah aku buat camni? Berapa lama lagi aku perlu berdiri di sini?”. Apabila kali kedua dia bersemuka dengan Irene, dia menyaksikan dua orang penggaya rambut terpaksa melutut di hadapannya dan salah seorang penggaya rambut itu cuba memperbetulkan tali kasutnya sebelum digenggam rambut serta dimaki olehnya kerana hampir terjatuh. Kali ketiga menemui Irene pula, dia menyaksikan seorang penggaya rambut hampir pucat mukanya macam ternampak hantu setelah disuruh mengejutkan Irene yang terlena di bilik menunggu ketika itu. “Ya, Irene sangat popular dan berjaya. Sekarang inilah waktu kejatuhannya bukan? Aku bukan berani sangat nak dedah identiti, malah jauh sekali untuk merekodkan dakwaan aku. Tapi, aku berharap dia jatuhlah,” tulis penggaya rambut A di suatu ruang komen.

Wartawan Kim Yong Ho daripada Institusi Garo Sero berkongsikan cerita bahawa penggaya rambut B pernah berhenti kerja gara-gara perangai kekwat Irene. “Irene takkan benarkan sesiapa sentuh dirinya. Apabila ada seorang ini (penggaya rambut B) sentuh Irene tanpa kebenaran, Irene terus tepis tangannya dengan menunjukkan mimik suka tak suka. Malah, Irene pernah hentak kaki menyuruh dia mengikat tali kasut. ‘Melutut dan ikat tali kasut aku,’ kata Irene pada penggaya rambut A seperti diceritakan oleh Kim Yong Ho. Akibat tidak tahan penderitaan dimalukan idol yang lebih muda daripadanya, penggaya rambut B terpaksa berhenti kerja.

Berikutan pendedahan berterusan daripada krew belakang tadbir, netizen menganggap Irene pandai menyesuaikan dirinya supaya berkelakuan sopan di hadapan mereka namun bertukar ke sosiopat sebaik saja kamera dipadamkan.

Semalam, selepas berjumpa dengan Kang Kook Hwa, Irene Red Velvet mengaku dirinya di dalam insiden berkenaan dan memohon maaf kerana bersikap biadap. Bagaimanapun, netizen tidak henti-henti lagi mengecamnya selepas beberapa siri pendedahan dibuat.

Sumber: allkpop 1, allkpop 2

loading...