BTS dijangka akan mencipta sejarah dengan pelancaran single berbahasa Inggeris keluaran mereka, ‘Dynamite’.
Video tontonan Youtube single berkenaan setakat ini sudah pun mencecah 30 juta tontonan dalam masa tiga jam saja, sekaligus mengatasi rekod yang pernah disandang oleh Blackpink menerusi single ‘How You Like That’ dengan tontonan melebihi 10 juta yang diraih pada masa itu. Jika bilangan tontonan ‘Dynamite’ tidak menguncup dengan purata 5 juta tontonan bagi setiap jam, ‘Dynamite’ mampu meraih tontonan sehingga 100 juta dalam masa sehari saja sekaligus memintas rekod ‘How You Like That’ oleh Blackpink dengan 86.3 juta tontonan.
Kali terakhir BTS berjaya melakar sejarah tontonan video tertinggi di Youtube adalah menerusi single ‘Boy With Luv’ dengan 74.6 juta tontonan pada masa itu. Bagaimanapun, single ‘ON’ pada awal tahun 2020 yang serentak pelancarannya dengan album ‘Map of The Soul 7’ pula gagal untuk mencipta kegemilangan sekali lagi di Youtube barangkali disebabkan strategi Big Hit untuk mengeluarkan video tarian terlebih dahulu sebelum video rasmi beberapa hari kemudian telah mengakibatkan gembar-gembur kurang lagi berhasil.
Dynamite’ ialah sebuah lagu dengan gubahan sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris dan merupakan lagu single ‘English’ kedua keluaran mereka tanpa bahasa rojak selepas ‘Waste It On Me’. Ia dicanang-canangkan sebagai lagu musim panas paling gemilang untuk tahun 2020 berentakkan ‘upbeat’ disco pop sebagai sokongan buat mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
Sumber: Youtube